Pages

Tuesday, May 7, 2013

Menteri Besar Kedah: Muhkriz Angkat Sumpah

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah kepada Mukhriz.
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 4 petang.
Mukhriz, 49, mengangkat sumpah hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad.
BN menang dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi.

Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS dan PKR masing-masing mendapat enam dan lima kerusi.

Pada PRU 2008, Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

sumber: mstar.com.my 

Menteri Besar Perak: Zambry Angkat Sumpah Kali Kedua


Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan watikah perlantikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di Kuala Kangsa pada Selasa.-Foto BERNAMA
KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk Seri Zambry Abd Kadir selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Zambry mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Ini bermakna Zambry secara rasmi menjadi Menteri Besar Perak bagi penggal kedua setelah beliau dilantik menerajui pentadbiran negeri ini buat kali pertama pada 2009.

Pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dibuat selepas Barisan Nasional (BN) diberi mandat sekali lagi oleh rakyat untuk menerajui negeri ini.

Beliau menang di Pangkor, kerusi yang disandangnya dengan majoriti 5,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dan calon Bebas Bernard Parenpa.

BN memperolehi majoriti mudah apabila memenangi 32 daripada 59 kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Zambry sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke- selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila tiga anggotanya mengumumkan keluar parti.

sumber: mstar.com.my 

Ketua Menteri P. Pinang: Guan Eng Angkat Sumpah Penggal Kedua

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri di Seri Mutiara, Pulau Pinang pada Selasa.-Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua pada pagi Selasa.

Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara.

Ahli keluarga Lim, termasuk ayahnya, Lim Kit Siang hadir bersama-sama calon Pakatan Rakyat yang menang pada pilihan raya umum ke-13.

Sumber: mstar.com.my 

Artis-artis keluar mengundi PRU13


Tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional kerana telah berjaya memenangi PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. Kepada artis-artis yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia, TAHNIAH diucapkan.





















 
Sumber: Beautifulnara and murai.com.my

 

Friday, February 15, 2013

Shila Amzah sedia mulakan hidup baru

Shila Amzah sedia mulakan hidup baru
14 Feb – Pelantun lagu "Patah Seribu", Shila Amzah nampaknya bersedia untuk memulakan kehidupan baru selepas dilanda masalah melibatkan teman lelaki, Sharnaaz Ahmad dan ayahnya, ND Lala baru-baru ini.
Menerusi mesej terbaru di laman Twitter miliknya yang dimuat naik sekitar jam 12 tengahari semalam, Shila menyatakan sedang melalui permulaan yang baru dalam kehidupannya.
"Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar. Alhamdulillah," kata penyanyi berusia 23 tahun ini yang pernah menghilangkan diri minggu lalu untuk mendapatkan ketenangan.
Mesej terbaru itu telah mendapat reaksi positif dan sokongan daripada peminatnya yang rata-ratanya berharap agar penyanyi kesukaan mereka tabah menghadapi kemelut yang melanda.
Terdahulu Sharnaaz yang merupakan pelakon filem "Juvana" memberi kenyataan bahawa dia telah nekad untuk melupakan teman wanitanya itu selepas hubungan mereka dikatakan mendapat tentangan ayah Shila.
Sementara itu ND Lala berjanji akan mengadakan sidang media khas apabila Shila tidak berjaya ditemubual oleh media selepas persembahannya di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini.
Selain sidang media, ayah kepada juara Asian Wave ini juga dikatakan sedang mengatur untuk mengadakan kenduri kesyukuran.