KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada
Rabu mengumumkan pengguna jalan raya akan menikmati rebet tol pada hari
terpilih semasa perayaan Tahun Baharu Cina.
Dalam satu kenyataan hari ini Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd
Hamidberkata rebet tol itu akan diberi kepada pengguna yang membayar
tol secaraeletronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG
di lebuh rayakendalian PLUS.
"Inilah cara untuk menghargai pelanggan kami pada musim perayaan ini
dan sebahagian daripada usaha kami menggalakkan orang ramai supaya
beralih kepada sistem pembayaran tol elektronik yang lebih mudah dan
pantas," katanya.
Noorizah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS berkata langkah itu
juga sebahagian daripada strategi pengurusan untuk menyuraikan lalu
lintas dan menggalakkan orang ramai supaya melakukan perjalanan pada
hari tidak sesak.
Bagaimanapun rebet tol tidak akan ditawarkan kepada pengguna jalan
raya yangmembayar tol secara elektronik di plaza tol Bukit Kayu Hitam,
Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar.
Noorizah berkata pemandu kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara
elektronik pada 7 Feb (Khamis) dan 15 Feb (Jumaat) akan diberi rebet 20
peratus manakala rebet tol 30 peratus pula pada 10 Feb (Ahad).
Rebet tol itu boleh ditebus di semua pusat khidmat pelanggan PLUS mulai 1 Mac hingga 31 Mei ini.
PLUS menjangkakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan akan
meningkat 30 peratus iaitu 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim
perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.
Jangkaan ini berdasarkan kajian mengenai trend melakukan perjalanan semasa musim perayaan sebelum ini.
"Membayar tol secara elektronik dapat melancar dan mempercepat laluan di tolplaza," katanya.
Beliau berkata kad PLUSMiles menawarkan banyak manfaat dan ganjaran.
Untukmendaftar dan mendapat kad PLUSMiles serta-merta, orang ramai boleh
mengunjungimana-mana pusat khidmat pelanggan di sepanjang lebuh raya
PLUS," katanya.-- BERNAMA
Sumber: mstar.com.my
Sharnaaz (kiri) terkilan dengan tindakan Shila memohon maaf menerusi surat terbuka.
PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad berasa jauh hati dengan
kekasihnya penyanyi Shila Amzah apabila wanita itu bertindak menghantar
surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik hubungan mereka
ketika ini tanpa mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata,
tindakan Shila memohon maaf kepada dirinya dan keluarga menerusi surat
terbuka itu dilihat seperti tidak telus dan keanak-anakan.
Katanya, sebagai individu yang matang Shila sepatutnya datang
bersemuka dan berbincang dengannya bagi mencari jalan penyelesaian dan
bukan mengutus surat untuk disiarkan buat tatapan umum.
“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.
“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak
ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),” katanya ketika
dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Sharnaaz berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan rasmi penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi surat memohon maaf yang dikirimkan kepada pihak media.
Surat permohonan maaf daripada Shila yang dikirimkan kepada media pada malam Selasa.
Dalam surat tersebut Shila berkata sikap terlalu menyayanginya adalah
antara faktor menjadi penyebab ibu dan bapanya terlalu menjaganya dan
sebagai anak dia tidak sanggup melukai hati mereka.
Malah Shila juga meminta semua pihak tidak menghukum Sharnaaz selain
memohon maaf secara terbuka kepada pelakon lelaki itu dan juga
keluarganya terhadap segala masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan
ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk
berkomunikasi dengan aktor itu.
Aktor filem Kerat 14 itu berkata, kenyataan menerusi surat itu
seolah-olah memperlihatkan bahawa Shila tidak mampu untuk bersemuka
bagi menyelesaikan konflik hubungan mereka.
“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan
berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” luahnya dalam nada
kesal.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini berada di lokasi penggambaran filem terbaharunya berjudul Gila Baby arahan Kabir Bhatia sementara Shila dan keluarganya masih lagi berada di China untuk urusan album.
Sumber: mstar.com.my