INILAH dua orang pemandu yang bebal yang merupakan antara penyebab kemalangan jalan raya di negara ini kerana berlumba kerana nafsu. Maklumlah, duit banyak dihabiskan untuk mempertingkatkan prestasi kereta. Bila dah berada di jalan raya terutamanya di lebuh raya, rugi kalau prestasi sebenar enjin tidak dicuba dengan berlumba dengan pemandu lain. Video berkenaan di saluran YouTube Gadis Proton Turbo menunjukkan dua kereta iaitu Nissan GTR berlumba dengan sebuah kereta Proton Wira yang sudah pun diubahsuai. Lihat sahaja gelagat liar dua samseng jalan raya ini menjadikan Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) seperti jalan milik keluarga mereka. Pemandu di hadapan pada permulaan video memandu kereta Nissan GTR manakala pemandu di belakangnya menaiki kereta Proton Wira. Video itu dimuatnaik pada 27 Januari lepas, dan kebanyakan komen diterima mengecam kedua-dua pemandu tidak berhati perut itu. Tidak kira dengan memotong di laluan kecemasan dan membuat pergerakan silang secara berbahaya sebegitu, kedua-dua mereka ini sepatutnya bersyukur kerana masih hidup walaupun memandu secara berbahaya sebegitu. Sumber: Mynewshub
BANGI, 30 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, Khamis.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. "Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu. Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu. "Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas. "Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya. Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan. Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu; "Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya. Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya. Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya. Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu. Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya. Sumber: Bernama, Forum Cari.com.my Artikel Berkaitan Mangsa lari ke rumah saya
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini memperkenalkan aplikasi pintar ‘PLUS Mobile Apps’ sebagai langkah terbaru syarikat ini menyebarkan maklumat trafik terkini kepada pengguna lebuh raya kendaliannya.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Aplikasi pintar ini membolehkan PLUS menyalurkan maklumat serta perkembangan trafik terkini di semua rangkaian lebuh rayanya terus ke telefon pintar atau tablet pengguna lebuh raya. Ia merupakan salah satu daripada inisiatif kami untuk memastikan pengguna lebuh raya mendapat maklumat perkembangan trafik dengan lebih pantas, mudah dan jelas.”
Aplikasi PLUS Mobile boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna lebuh raya PLUS yang memiliki telefon bimbit pintar atau tablet. Aplikasi ini membolehkan orang ramai menerima maklumat trafik terkini secara terus ke peranti mereka, dan seterusnya membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di lebuh raya.
“Untuk mandapatkan aplikasi ini, orang ramai yang memiliki telefon pintar atau tablet perlu memuat turun daripada ‘App Store’ bagi pengguna iPhone/iPad atau ‘Google Play Store’ bagi pengguna gajet Android,” kata Noorizah.
Aplikasi ini turut menjadi saluran komunikasi tambahan bagi menghebahkan maklumat trafik terkini selain daripada menerusi saluran sedia ada seperti papan tanda elektronik, perkhidmatan twitter PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000 dan menerusi hebahan di stesen-stesen radio.
Secara ringkas, aplikasi PLUS Mobile membolehkan pengguna lebuh raya menerima laporan trafik terkini seperti kejadian kemalangan, kesesakan, kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan serta lain-lain aktiviti yang berlaku di semua lebuh raya kendalian PLUS terus ke peranti masing-masing. Selain itu, ia turut menyediakan maklumat-maklumat lain seperti kalkulator tol, paparan imej terkini di laluan-laluan tertentu di lebuh raya serta kawasan rehat, kemudahan-kemudahan yang disediakan, stesen minyak, mesin ATM serta peta lebuh raya yang lebih interaktif.
Aplikasi PLUS Mobile turut menyediakan kemudahan bagi pemegang kad PLUSMiles untuk mendaftar masuk ke portal PLUSMiles bagi menyemak nilai rebat dan mata ganjaran yang diperolehi.
“PLUS Mobile merupakan nilai tambah kepada perkhidmatan lebuh raya PLUS,” kata Noorizah.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada media berhubung aplikasi PLUS Mobile serta persediaan PLUS bagi menghadapi pertambahan trafik pada cuti Perayaan Tahun Baru Cina di Persada PLUS, hari ini. Sumber: Plus Nota: Dalam Android mungkin boleh cari "Plus Expressway".
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan perbankan CIMB akan terganggu sementara dari 11.45 malam 31 Januari hingga 6 pagi 3 Feb, berikutan usaha naik taraf sistem berjadual.
Menurut laman web CIMB Click hari ini gangguan itu melibatkan cawangan-cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic, serta mesin teller automated (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit cek dan dispenser mata wang asing.
Gangguan itu turut menjejas transaksi kad debit CIMB, perbankan online, perbankan mobile dan perbankan fon layan diri.
Pelanggan CIMB dinasihatkan supaya membuat perubahan perlu pada tarikh transaksi berjadual jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan diproses lebih awal.
"Jika anda mempunyai transaksi berjadual untuk pemindahan dana, pemindahan segera, bayaran bil, kad kredit CIMB dan penetapan bayaran pinjaman dalam tempoh gangguan, sila ambil perhatian bahawa transaksi anda akan hanya diproses paling lewat menjelang 3 Feb," katanya.
CIMB mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari www.cimbbank.com.my. - Bernama Sumber: Sinar Harian Artikel Berkaitan Urusniaga Maybank2U termasuk ATM tiada ganguan
Kota Bharu: Sepasang suami isteri yang sudah empat tahun berusaha untuk mendapatkan anak mendapat hadiah istimewa di muka pintunya apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan bersama sekeping nota dan kelengkapan asasnya di Jalan Pasir Mas Salor, Nilam Puri, di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi, pasangan suami isteri itu mendengar bunyi tangisan sebelum membuka pintu dan menemui bayi yang dibaluti selimut dan ditutup dengan kelambu.
Turut ditemui, satu beg berisi pakaian bayi, satu plastik lampin pakai buang, satu kotak susu, peralatan bayi dan sekeping nota.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pasangan suami isteri itu segera menghubungi polis memaklumkan penemuan bayi terbabit.
Bayi lelaki berusia 13 hari yang ditinggalkan di depan rumah pasangan suami isteri di Nilam Puri, pagi tadi. FOTO Ihsan pembaca "Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat, tetapi kesejukan. Nota bertaip yang ditemui dipercayai ditinggalkan ibunya.
"Berdasarkan nota berkenaan, bayi itu dilahirkan pada 16 Januari selain meminta bayi itu diberi susu setiap tiga jam," katanya.
Menurutnya, bayi itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro