8 Feb – Adakah hubungan cinta pasangan popular Shila Amzah dan Sharnaaz
Ahmad sudah berakhir?
Tiada sebarang kesimpulan tentang status hubungan mereka, tetapi aktor
drama bersiri "Ruby" ini telah membuat keputusan membatalkan hasrat
untuk menghantar rombongan merisik pada Mac akan datang ini.
"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak
tahu ke mana hala tuju hubungan ini.
"Saya tak pasti dan hanya berserah," jelas Sharnaaz seperti
dipetik dari Sinar Harian.
Kecewa dengan tindakan teman wanitanya yang menghantar surat permohonan
maaf secara terbuka kepada media, Sharnaaz turut memberitahu dia enggan
mengambil tahu tentang isu yang berlaku di antara mereka.
"Saya tidak mahu ambil tahu kerana kesudahannya saya juga akan
dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam
kerjaya.
Ditanya apakah status hubungan cintanya dengan pelantun lagu "Patah
Seribu" itu sudah berakhir, aktor berusia 28 tahun ini tidak mahu mengulas
tentang perkara tersebut.
"Seperti yang saya katakan, saya sudah malas nak layan semua ini
lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi."
Kemelut antara Sharnaaz dan ayah Shila menjadi lebih buruk selepas ND
Lala menolak hasrat aktor itu yang ingin menghantar rombongan merisik pada Mac
ini.
Shila yang kini berada di kota Shanghai telah tampil memohon maaf dan
meminta agar segala kekusutan yang berlaku akan berakhir.
Terbaru menerusi akaun Twitter miliknya, penyanyi
berusia 23 tahun ini turut memberitahu dia tidak mahu terlalu dikongkong dan
meminta agar diberi peluang membuat keputusan sendiri.
No comments:
Post a Comment