Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang. "Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan."
"Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan."
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.
Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.
Kenyataan beliau itu menjadi bahan ejekan di Internet. Sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kemudiannya menarik perhatian media antarabangsa apabila agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya, melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.
Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment