Pages

Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Friday, August 15, 2014

Kucing Setia Dikubur Tuannya.

Kisahnya

Sunazrah Saleh

"Arwah adalah ayah saya. Arwah meninggal 9 syawal yg lalu. Arwah mmg sygkan kucing. Dah berpuluh2 kucing yg dia jaga. Kebanyakkan kucing yg dibela sampai kucing tua, mati atau dicuri orang. Sejak arwah sakit dan pakai wheelchair... kami xkasi dia bela kucing lagi. Tp mmg kami xboleh pisahkan kasih syg dia dgn kucing. Pantang nampak kucing lintas depan dia. Mesti dia panggil bg makan..

Kalau bawak arwah pergi kedai makan mesti ada kucing dtg dekat arwah. sampai kitaorg sll ckp kat arwah... bau abah ni kucing suka kot.. sebelum ni ada seekor kucing yg paling arwah syg tp dah kena curi.. Dulu semasa kami tinggal di wangsa maju section 1. setiap kali azan arwah mesti pergi kesurau jalan kaki. Kucing tu akan mengiringi arwah sampai ke surau. Lepas tu dia akan tunggu kat depan pintu surau. Bila arwah keluar dia ikut iring balik.. begitulah rutin hari2.. tidur pula hujung kaki arwah.. sampailah kucing tu hilang kena curi..

Terlalu byk kisah2 menarik arwah dgn kucing 2nya jaganya.. dan kebanyakkan hilang kena curi. Sbb arwah xsuka sangkarnya kucingnya. Sbb dia tak suka kurung kucing.

Kejadian di tanah perkuburan tu mmg kami 1keluarga terperanjat jugak. Seekor kucing yg kami tak pernah nampak sebelum ini ada dipusara arwah. Td saya cuba singgah nak tgk.. rupa2nya kucing tu ada lagi kat situ. Saya ada bertanya pada ustaz kejadian tu. Ustaz kata mungkin arwah pernah jumpa kucing ni dulu tapi kita mungkin tak tahu.. ataupun ada maksud lain yg tersirat utk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorg hamba allah pada kucing sepanjang hayatnya. wallahuaklam.."


Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana Buat Promosi di Facebook Tanpa Keluar Duit Untuk Iklan? Sila Klik..

Monday, March 31, 2014

ZALIM.. 20 kucing mati dipercayai diracun


DEK kerana geram dengan kucing-kucing yang mengotorkan halaman inap desanya, seorang individu bertindak kejam memberi makanan yang mengandungi racun kepada  20 ekor kucing jiran-jirannya sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati.

Kejadian yang berlaku di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor ini telah dikongsikan di akaun Facebook ‘Dunia Kucing’, semalam.

Menurut pemilik akaun Nur Syamilla, perbuatan individu yang juga seorang guru itu telah dilihat oleh saksi dan laporan polis sudah pun dibuat.


Seorang lagi pemilik akaun, Amy Kurylenko turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dan memuatnaik gambar kucing-kucingnya yang mati dalam kejadian itu.


Memetik Harian Metro pula, seorang penduduk, Halipah Maarof, 63 mendakwa pengusaha inap desa itu pernah memaklumkan akan memberi makanan mengandungi racun jika penduduk di kampung itu tidak menjaga kucing mereka yang didakwa sering mengotorkan kawasan inap desa terbabit.

“Saya ingatkan kata-kata itu sebagai gurauan saja, bagaimanapun Ahad minggu lalu, kira-kira jam 4.30 petang, beberapa kucing didapati berdarah di mulut dipercayai selepas makan nasi bersama ikan yang diletakkan dalam satu bekas berhampiran halaman inap desa berkenaan.

“Akibat kejadian itu, tujuh kucing saya mati, malah ada jiran yang turut mendapati kucing masing-masing yang dijumpai mati dalam parit dan longkang di sekitar Taman Seri Waja,” katanya.

Menurutnya lagi, sampel makanan terbabit sudah pun dihantar ke Pejabat Veterinar Daerah dan mereka masih menunggu hasil keputusannya.

Sebenarnya, perkara ini boleh dielakkan jika kedua-dua pihak saling bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.

Mungkin pemilik kucing silap kerana membiarkan kucing mereka berkeliaran di kawasan kejiranan, namun ia bukan alasan untuk pemilik inap desa tersebut membunuh haiwan itu kerana ia perbuatan yang boleh disifatkan sebagai kejam.

Sumber: mynewshub.my