Pages

Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts
Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Untungnya Anak Che Ta


BMW X6 merupakan hadiah paling 'cool' apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Beruntung sungguh Ammar Effendy kerana usaha kerasnya mengulang kaji pelajaran hingga memperoleh keputusan cemerlang membolehkan dia memiliki kereta sport yang menjadi idaman ramai lelaki.

Ibunya, pelakon jelita, Rozita Che Wan, nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu melunaskan hajat anak lelaki kesayangannya itu.

Bercakap kepada media, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anaknya itu perlu menunggu dia dan suaminya, Zain Saidin menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu.

Che Ta dan suami merancang membeli kereta baru yang lebih besar memandangkan dia kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.


Sumber: mstar.com.my

Saturday, April 5, 2014

Rozita Che Wan Rugi Hampir RM500,000 Dek Iklan Kesuburan


BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila pihak yang sanggup menggunakan nama selebriti terkenal secara ‘haram’untuk mempromosikan produk mereka demi mengaut keuntungan.

Rozita Che Wan atau Che Ta yang kini sedang hamil tiga bulan juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Menerusi satu sidang media hari ini, dia memaklumkan bahawa dirinya telah kerugian hampir RM500,000 gara-gara tindakan sebuah  stokis yang menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan mereka di media sosial.

“ Sebelum ini pengurus saya telah pun menghubungi stokis dan pemilik produk mereka dan meminta agar iklan tersebut diturunkan.

” Malah saya sendiri telah menegur individu tersebut di laman Instagram. Namun, selepas 3 bulan, iklan tersebut masih tidak diturunkan,” katanya.

Akibatnya, pihak lain yang mahu melantik dirinya sebagai duta mahu menarik semula tawaran tersebut kerana kes itu masih belum diselesaikan.

Justeru, dia menerusi peguamnya telah menghantar notis tuntutan selama 14 hari untuk stokis tersebut menurunkan iklan tersebut jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.

Che Ta turut kesal kerana pihak tersebut mendakwa dirinya mengandung kerana menggunakan salah satu produk berkenaan.

Apa pun, diharap stokis tersebut menghentikan perbuatan mereka kerana ia merupakan perbuatan yang sangat tidak jujur.

Secara tidak langsung, tindakan mereka itu umpama menipu pelanggan. 

Sumber: mynewshub.my

Tuesday, March 11, 2014

Che Ta Sah Mengandung

SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengesahkan dirinya kini berbadan dua.

Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya, telah mengesahkan bahawa dirinya sudah hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin.

Menerusi laman sosial itu juga, Che Ta telah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan status yang berbunyi:

"Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmatMU ya ALLAH.. Amin."

Perkongsian tersebut telah menarik ramai pelayar Instagram untuk mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan Zain.

Zain dan Che Ta telah bernikah pada 12 Disember tahun lalu


Sumber: sinarharian.com.my

Monday, March 3, 2014

Zain Saidin: Rozita Che Wan Mungkin Mengandung


PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung.

Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.

"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi Whatsapp.

Zain berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang diberi oleh Rozita bersempena dengan hari lahirnya 23 Februari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai hadiah yang diterimanya sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah.

"Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.


Sumber: mstar.com.my

Monday, February 24, 2014

Kejutan Hari Jadi Zain Saidin, Rozita Rasa Seperti Remaja

Zain tidak sangka Rozita telah memberi kejutan hadir ke lokasi penggambaran di Shah Alam menyambut Hari lahirnya yang ke 30 pada petang Ahad.

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin melalui pengalamannya menyambut hari lahir yang ke 30 pada Ahad sebagai seorang suami apabila menerima satu kejutan daripada isterinya, Rozita Che Wan dan anak tiri, Ammar Effendy, 18.

Zain berkata, Rozita, 41, dan Ammar tiba ke set penggambaran drama Walaupun Sedetik Cuma terbitan Zeel Production di Shah Alam dekat sini sambil membawa kek lalu menyanyikan lagu selamat hari jadi ketika dia sedang berkasi di depan kamera.

"Walaupun pada menyambit hari lahir sendiri, saya tetap sibuk di set penggambaran. Manalah saya nak terfikir isteri dan anak akan datang ke set.

"Terkejut saya, ketika sedang berlakon bersama dengan Zul Ariffin, tiba-tiba Rozita datang kepada saya bersama kek dan semua mereka menyanyi lagu hari lahir.

"Seronok juga merasai pengalaman tu kerana saya tak pernah lagi merasai pengalaman seperti ini, tambahamn pula inilah pertama kali saya sambut hari lahir sebagai seorang suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.



Rozita telah meluahkan perasaan cintanya teradap Zain menerusi laman Instagram miliknya.

Tambah Zain selepas tamat penggambaran, Rozita bersama-sama dengan keluarga serta kru produksi Zeel Productions telah membawanya makan malam istimewa ke sebuah restoran pada sebelah malam di Jalan Tun Razak dekat sini.

Malah, kata adik kepada Sasha Saidin itu, Rozita turut memberitahu ingin membeli sebuah hadiah yang istimewa buatnya, namun sehingga kini dia tidak tahu apa yang ingin dibeli oleh isterinya itu.

"Sepatutnya dia (Rozita) nak beli semalam (Ahad) tapi tak sempat. Saya pun tak tahu dia nak beli apa. Katanya istimewa. Mungkin dia ingin membeli gajet, memandangkan saya seorang yang sukakan teknologi gajet yang terbaru.

"Apa-apa pun, saya tak kisah pun, apa yang saya ada pun sudah cukup. Cuma saya harap agar perhubungan saya, isteri dan anak-anak dapat kekal akhir hayat. Mana tahu, tahun ini rezeki kami mendapat anak pula," selorohnya.

Sementara itu, Rozita pula telah memuat naik fotonya bersama Zain pada Ahad dengan kapsyen romantis meluahkan perasaan cintanya terhadap suami menerusi laman Instagram miliknya.

"Apabila saya terfikir betapa bertuahnya saya mempunyai seorang suami yang kacak, menawan, comel, romantik dan 'hot guy', saya terasa seperti remaja semula.

"Saya akan pastikan yang kamu (Zain) akan mendapat hadiah yang paling istimewa bersempena dengan hari lahir kamu. Selamat Hari Lahir cinta ku," ucap Rozita dalam laman sosialnya itu.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Selain Ammar Effendy, Rozita juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 16.


Sumber: mstar.com.my