Pages

Showing posts with label Suprima. Show all posts
Showing posts with label Suprima. Show all posts

Friday, May 9, 2014

Proton Preve, Suprima S Bertaraf Lima Bintang

KUALA LUMPUR: Proton Preve dan Proton Suprima S dianugerahkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Pengumuman tentang anugerah itu dibuat oleh NCAP Asean pada Pelancaran Keputusan Fasa III 2014 di Melaka, yang juga diadakan sempena Forum NCAP Global 2014, Melbourne, Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata usaha Proton untuk mengubah tanggapan orang ramai tentang jenama dan kualiti kereta Proton kini terbukti dan diperkukuh selanjut oleh pencapaian terbaharu ini.

"Kami amat berbangga dan berbesar hati menerima perakuan sedemikian tentang produk jenama kami. Seperti yang kami pernah ulangi berkali-kali, model-model kami bukan sahaja mampu milik, malah lebih penting lagi kami mahu pelanggan kami tahu produk kami berkualiti dan bertaraf antarabangsa," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Abdul Harith juga berkata, daripada 12 kereta yang diuji bagi piawaian keselamatan NCAP ASEAN semasa Fasa III itu, Proton memberi saingan hebat dan mendapat tempat kedua.

"Kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan pelanggan kami ketika memandu kereta Proton sentiasa menjadi keutamaan teratas kami. Jadi, apabila Proton Preve dan Proton Suprima S dibina, kami mencabar diri sendiri untuk menghasilkan kereta yang tinggi piawaian keselamatannya," katanya. 


Sumber: mstar.com.my

Friday, January 24, 2014

Sultan Johor letak W1N di Proton Suprima S

No plat kereta termahal di Malaysia ketika ini adalah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Plat W1N itu berjaya dimenangi baginda dengan harga RM748,000.00.

Yang lebih menariknya apabila plat yang terlalu mahal itu diabadikan hanya pada kereta Proton Suprima S yang jauh lebih murah daripada harga nombor plat itu sendiri. Anggapan orang ramai bahawa plat mahal untuk kereta mahal (mewah) ternyata tidak benar.




Menurut Sultan Ibrahim dalam New Straits Times, baginda tidak kisah membayar dengan harga yang sebegitu mahal hanya untuk mendapatkan plat kereta, kerana tahu wang itu akan disalurkan kepada rakyat juga.

'Beta diberitahu ada beberapa 'bidders' yang berminat untuk plat W1N'.

'Beta tak kisah membayat plat number itu kerana beta tahu jumlah bayaran itu akan disalurkan kembali kepada rakyat'.

Tambah Sultan Ibrahim lagi, baginda bukanlah seorang yang melanggar prosedur untuk mendapat sesuatu.  Ia adalah sifat orang Johor yang sanggup membayar apa yang dikehendaki kerana setiap orang perlu ada peluang yang adil.


Sementara itu, Perdana Menteri menggunakan no W11N di Proton Perdana yang baru-baru ini dilancarkan dengan kerjasama Honda.



Sumber: AmazingNara



Artikel Berkaitan:
No Plat W1N milik Sultan Johor

No Plat W1N milik Sultan Johor

SHAH ALAM - Berita yang tersebar mengenai nombor plat W1N bernilai RM748,000.00 yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ternyata benar.



Memetik laporan News Straits Time, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak keberatan membayar sejumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya.

Menurut Sultan Ibrahim, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," katanya dalam laporan itu.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu adalah mengikut prosedur yang betul.

"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah, 'the best man win'," katanya.

Semalam, Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan sultan Johor telah membelanjakan RM174,000.00 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim telah sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," tulisnya.


Sumber: Sinar Harian

Artiker Berkaitan:
Sultan Johor letak W1N di Proton Suprima S