Musa
Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua
Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu, Sabah.
KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk
Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang
Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini Isnin.
Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa
mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem
penggiliran.
Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.
Selepas pilihan raya umum pada Ahad, BN mengekalkan pemerintahan
Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi DUN berbanding tiga pada PRU 2008.
Sementara PKR berjaya menembusi tujuh kawasan DUN iaitu Api-api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparuli, Klias dan Inanam.
DAP pula yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.
Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.
Musa mengekalkan kerusi DUN Sungai Sibuga dengan majoriti 11,569 undi. - BERNAMA
Pengerusi
Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah
berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah
kepada Mukhriz.
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam,
Datuk Mukhriz Mahathir secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri
Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 4 petang.
Mukhriz, 49, mengangkat sumpah hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 itu dibuat
selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad.
BN menang dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas
PRU 2008 hanya berjaya memenangi sembilan kerusi manakala Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi.
Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS dan PKR masing-masing mendapat enam dan lima kerusi.
Pada PRU 2008, Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen
Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
pada April 2009.
sumber: mstar.com.my
Pemangku
Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan watikah perlantikan jawatan
Menteri Besar Perak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Istiadat
Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di Kuala
Kangsa pada Selasa.-Foto BERNAMA
KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk
Seri Zambry Abd Kadir selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar
Perak di Istana Iskandariah dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi
Selasa.
Zambry mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Ini bermakna Zambry secara rasmi menjadi Menteri Besar Perak bagi
penggal kedua setelah beliau dilantik menerajui pentadbiran negeri ini
buat kali pertama pada 2009.
Pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dibuat selepas Barisan
Nasional (BN) diberi mandat sekali lagi oleh rakyat untuk menerajui
negeri ini.
Beliau menang di Pangkor, kerusi yang disandangnya dengan majoriti
5,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Saifullah
Mohd Zulkifli dan calon Bebas Bernard Parenpa.
BN memperolehi majoriti mudah apabila memenangi 32 daripada 59 kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.
Zambry sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-
selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila tiga anggotanya
mengumumkan keluar parti.
sumber: mstar.com.my
Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua
Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman
Abbas pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri di Seri
Mutiara, Pulau Pinang pada Selasa.-Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengangkat
sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua
pada pagi Selasa.
Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih mengangkat sumpah
dihadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara.
Ahli keluarga Lim, termasuk ayahnya, Lim Kit Siang hadir bersama-sama
calon Pakatan Rakyat yang menang pada pilihan raya umum ke-13.
Sumber: mstar.com.my
Tahniah
diucapkan kepada Barisan Nasional kerana telah berjaya memenangi PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. Kepada artis-artis yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia, TAHNIAH diucapkan.
Sumber: Beautifulnara and murai.com.my