KUANTAN 22 April - Kebimbangan penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal berakhir apabila catuan air yang berlangsung selama dua bulan lalu akan ditamatkan pada minggu depan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengisytiharkan perkara itu hasil daripada mesyuarat yang diadakan di Shah Alam petang semalam.
Menurut beliau, mesyuarat yang dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan syarikat pengurusan air lain membincangkan beberapa langkah susulan bagi menamatkan catuan air.
Beliau yang ditemui selepas Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri di sini, malam tadi berkata, bekalan tersebut dijangka pulih sepenuhnya sebelum bulan Ramadan ini dan masyarakat terutama umat Islam tidak perlu bimbang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140422/dn_31/Catuan-air-di-Lembah-Klang-dihentikan-minggu-depan#ixzz2zaXkcTXZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, April 22, 2014
Status Catuan Air Di Selangor Akan Diumum Minggu Depan - Khalid
KUANTAN, 22 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor dijangka mengumumkan status catuan bekalan air di negeri itu dan kawasan sekitar pada minggu depan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beberapa persetujuan telah dicapai hasil perbincangan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada petang semalam.
"Minggu hadapan kita akan isytiharkan bagaimana keadaan catuan, tindakan yang akan diambil dan kita juga merasakan kita boleh membuat keputusan tentang keadaan air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Pada pandangan kita rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak perlu takut mereka tidak ada air sehingga enam bulan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di sini, Isnin malam.
Beliau turut memberi jaminan tiada catuan air akan dilakukan pada bulan puasa dan Aidilfitri nanti kerana kerajaan negeri mempunyai simpanan dan punca air yang mencukupi.
Menyentuh tentang pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, beliau berkata perbincangan dengan kerajaan pusat akan diteruskan.
"Dalam masa yang tercepat boleh jadi dalam minggu depan semuanya akan kita selesaikan supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya tentang keadaan situasi air dan juga penyusunan semula industri air di Selangor," katanya.
-- BERNAMA

Thursday, April 17, 2014
Arahan catuan air tidak boleh ditarik balik
SHAH ALAM - 17 April: Kerajaan Selangor tidak boleh menarik balik arahan catuan bekalan air buat masa ini kerana paras air mentah di empangan-empangannya masih rendah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kita (kerajaan negeri) tidak boleh tarik balik catuan sekarang. Ini kerana langkah itu akan menyebabkan akibat lebih buruk, air empangan akan turun lagi dengan lebih cepat," katanya pada persidangan dewan undangan negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibawa Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) menggesa kerajaan negeri menghentikan catuan air yang dihadapi rakyat Selangor dan kawasan sekitarnya.
Jelas Abdul Khalid, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) Isnin ini untuk mencari pendekatan dan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi rakyat.
Sementara itu, Mohd Shamsudin yang ditemui pemberita di lobi dewan meminta Abdul Khalid menerima tawaran daripada Kerajaan Negeri Sembilan yang bersedia menjual air terawat dari negeri itu.
"Untuk jangka masa pendek kita perlu penyelesaian segera dan pembelian air merupakan langkah yang tepat...kita tidak boleh tunggu sehingga paras air betul-betul di tahap kritikal," katanya.
Semalam, Kerajaan Negeri Sembilan dilaporkan bersedia menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur yang kini menghadapi masalah bekalan air.
Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri tiada masalah menjual air maksimum 20 juta gelen sehari menerusi Loji Rawatan air Ngoi-Ngoi di Pantai, Seremban ke negeri berkenaan. - Bernama
Wednesday, April 16, 2014
Perak - JDT: Kecoh!
![]() |
| BAS yang membawa penyokong JDT dibaling batu ketika pulang daripada perlawanan menentang Perak. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin |
![]() |
| POLIS terpaksa menahan sebahagian penyokong Perak dari menyerbu ke arah penyokong JDT. |
![]() |
| PENYOKONG JDT terpaksa menunggu di tengah padang selepas berlaku kekecohan di luar Stadium Perak. FOTO Farhan Najib. |
![]() |
| PASUKAN Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menyembur air untuk menyuraikan penyokong Perak di luar stadium. FOTO Muhaizan Yahya. |
Sumber: hmetro.com.my, mstar.com.my, sinarharian.com.my, bernama.com, photoshooterz, brotherhood johor
Perak - JDT: Kecoh angkara penyokong
![]() |
| Penyokong JDT dikumpulkan di tengah padang apabila penyokong Perak mencetuskan provokasi selepas tamat perlawanan. Foto: BERNAMA |
PETALING JAYA: Arena bola sepak negara terus hangat dengan gelagat penyokong yang tidak bertanggungjawab dengan menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan suasana huru-hara pada perlawanan Liga Super di antara Perak dan Johor DT di Stadium Perak pada Selasa malam.
Adegan panas dilaporkan bermula sebelum perlawanan apabila bas penyokong JDT disembur cat bewarna kuning membuatkan penyokong JDT terpaksa menutup contengan itu dengan kertas.
Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Perak pula dikatakan memulakan provokasi kepada penyokong pasukan pelawat selepas perlawanan sehingga mencederakan beberapa penonton lain serta jurugambar dari New Straits Times dan wartawan Sinar Harian.
Malah anggota polis yang bertugas turut cedera terkena balingan objek keras yang dibaling penyokong.
![]() |
| Anggota polis yang bertugas turut cedera apabila berlaku provokasi antara penyokong Perak dengan penyokong pasukan JDT selepas perlawanan. |
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, beliau masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak sekretariat.
"Saya hanya membaca mengenai kejadian tersebut di akhbar hari ini (Rabu) dan sehingga itu saya masih menunggu penjelasan atau maklumat lanjut daripada pihak sekretariat," katanya ketika diminta mengulas kejadian ini.
Kejadian tersebut memaksa pihak keselamatan stadium serta pasukan polis simpanan persekutuan (FRU), bertindak bagi mengawal keadaan.
Sehingga kini dilaporkan seramai lapan lelaki berusia 16 hingga 25 tahun ditahan berikutan kekecohan yang berlaku.
Pada perlawanan tersebut, JDT menang tipis 1-0.
Sumber: mstar.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)

Sil