BAITULMUQADDIS, 13
November 2012 - Beberapa pegawai Israel semalam mengancam untuk melancarkan
serangan besar-besaran di Gaza semalam.
Ancaman itu dibuat selepas 24 jam para pejuang
Palestin melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.
Serangan tersebut menyebabkan beberapa pemimpin
Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa
negaranya bersedia untuk meningkatkan serangan balas.
Menteri Pertahanan, Ehud Barak menyatakan para
pemimpin pergerakan Hamas akan menerima padah ekoran serangan roket itu.
Seorang pegawai kanan Israel mengesahkan bahawa
Netanyahu mengadakan mesyuarat bagi melakukan persediaan untuk kemungkinan satu
tindakan yang keras akan dilakukan untuk melindungi penduduk Israel.
Para pejuang Gaza melancarkan 110 roket ke selatan
Israel sejak Sabtu lalu.
Salah satu serangan itu mengenai pekarangan sebuah
rumah di bandar Netivot.
Tiada sebarang laporan tentang kecederaan
dilaporkan ekoran serangan tersebut.
Sehari sebelum itu, jet-jet pejuang Israel
melancarkan serangan di tiga buah lokasi di Gaza.
Beberapa pegawai Israel turut menyatakan serangan
balas yang lebih hebat perlu dilancarkan.
Bekas ketua tentera negara itu, Dan Halutz
mencadangkan beberapa aset milik pergerakan Hamas perlu diserang sebelum
operasi ketenteraan dilancarkan tentera Israel.
Menurut seorang bekas penasihat keselamatan
Israel, Giora Eiland, import barangan dan bekalan elektrik ke Gaza perlu
dipotong. – Agensi
Sumber http://www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment