Pages

Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Saturday, November 17, 2012

Israel Bom Pejabat PM Palestin


Israel melancarkan serangan udara ke atas bangunan-bangunan kerajaan Hamas termasuk pejabat Perdana Menteri di Gaza hari ini - sehari selepas Kabinetnya meluluskan langkah mengerah 75,000 askar simpanan bagi menggerakkan tindakan ketenteraan dari darat.

Hamas menerajui kerajaan Palestin dari Genting Gaza manakala Presiden Palestin pula berpejabat di Ramallah.

Hamas yang diketuai Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata, Israel mengebom pejabat Perdana Menteri - lokasi di mana beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Hisham Qandil pagi semalam.

Israel mengadakan mesyuarat hampir empat jam malam tadi dan serangan itu menyusul pertemuan tersebut.

Serangan Israel juga menyasarkan ibu pejabat polis.

Sehingga kini 38 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, separuh daripada mereka merupakan orang awam, sejak Israel memulakan serangan pada Rabu lalu. Dalam pada itu, tiga rakyat Israel terbunuh dalam serangan roket kelmarin.

Bandar raya Gaza berhadapan dengan serangan bertubi-tubi sejak 9 pagi tadi waktu Malaysia (3 pagi waktu tempatan).

Serangan susulan diteruskan selepas jam 5 pagi waktu tempatan, menyasarkan bangunan kementerian, yang dipercayai kosong ketika tindakan ketenteraan.

Turut menjadi sasaran ialah rumah ketua Hamas di Jabaliya, utara bandar raya Gaza.

Ibu pejabat Ismail yang mengalami kemusnahan teruk.

Serangan lewat malam tadi menyebabkan lapan rakyat Palestin terbunuh. Tiga yang terbunuh terdiri daripada anggota Briged Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.

Sumber http://www.sinarharian.com.my

Gaza akan diserang


BAITULMUQADDIS, 13 November 2012 - Beberapa pegawai Israel semalam mengancam untuk melancarkan serangan besar-besaran di Gaza semalam.


Ancaman itu dibuat selepas 24 jam para pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.


Serangan tersebut menyebabkan beberapa pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa negaranya bersedia untuk meningkatkan serangan balas.


Menteri Pertahanan, Ehud Barak menyatakan para pemimpin pergerakan Hamas akan menerima padah ekoran serangan roket itu.


Seorang pegawai kanan Israel mengesahkan bahawa Netanyahu mengadakan mesyuarat bagi melakukan persediaan untuk kemungkinan satu tindakan yang keras akan dilakukan untuk melindungi penduduk Israel.


Para pejuang Gaza melancarkan 110 roket ke selatan Israel sejak Sabtu lalu.


Salah satu serangan itu mengenai pekarangan sebuah rumah di bandar Netivot.


Tiada sebarang laporan tentang kecederaan dilaporkan ekoran serangan tersebut.


Sehari sebelum itu, jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan di tiga buah lokasi di Gaza.


Beberapa pegawai Israel turut menyatakan serangan balas yang lebih hebat perlu dilancarkan.


Bekas ketua tentera negara itu, Dan Halutz mencadangkan beberapa aset milik pergerakan Hamas perlu diserang sebelum operasi ketenteraan dilancarkan tentera Israel.


Menurut seorang bekas penasihat keselamatan Israel, Giora Eiland, import barangan dan bekalan elektrik ke Gaza perlu dipotong. – Agensi

Sumber http://www.kosmo.com.my