18 Jan – Impian pelakon Sharnaaz
Ahmad, 28, mahu memperisterikan Shila Amzah, 23, sedikit terganggu
selepas bapa Shila mahu anaknya itu menumpukan perhatian kepada
kariernya dahulu. Namun, Sharnaaz bertegas mahu menghantar rombongan
untuk berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu.
"Persetujuan yang dicapai antara Shila dan bapanya baru-baru ini bakal
menyaksikan Mac 2013 sebagai waktu sesuai untuk kedua-dua pihak
menentukan arah tuju hubungan ini. Tetapi saya tidak menyangka akan
keputusan yang dibuat bapanya itu," katanya kepada Harian Metro."Diharap pertemuan pada Mac ini adalah detik manis buat keluarga saya dan Shila untuk mengenali dan seterusnya menetapkan tarikh pernikahan sebenar."
Tambahnya lagi, dia berharap dapat diijabkabulkan pada Januari 2014.
Dalam pada itu, Sharnaaz menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengongkong Shila sehingga menimbulkan kemarahan peminat Shila.
"Kalau saya kongkong dia, takkanlah sampai sekarang dia masih menyanyi. Apa-apa pun, saya memohon maaf sekiranya berbuat demikian."
No comments:
Post a Comment