Aktor "Juvana", Sharnaaz Ahmad akui enggan ambil kisah
akan kenyataan yang dikeluarkan oleh ayah kepada teman wanitanya, ND
Lala yang memberitahu rasa diketepikan selepas Sharnaaz bertegas akan
merisik Shila Amzah pada Mac ini
Dipetik dari laman sesawang Murai, Sharnaaz memberitahu dia tidak
terkejut apabila membaca kenyataan ND Lala yang dipetik dari Harian
Metro.
"Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut apabila membaca
kenyataan dia. Sebab itu memang caranya. Tapi kalau saya hendak datang
merisik atau meminang Shila, sudah tentu saya akan berjumpa dengan dia
dan isterinya," ujar Sharnaaz yang memberitahu sedia untuk berjumpa
dengan ayah teman wanitanya itu bila-bila masa sahaja.
Tambahnya lagi, "Banyak orang kenal siapa dia, tapi orang malas hendak
cerita. Janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal
peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti
seorang lelaki."
Sharnaaz turut memberitahu ibu bapanya turut terkilan dan marah selepas
membaca kenyataan ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh.
"Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya.
"Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi dalam hal ini, kita kena sama-sama
saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Tapi yang tua
juga kena hormat yang muda juga."
Sharnaaz turut memberitahu bahawa dia tidak akan mudah putus asa dengan perkara ini.
"Entahlah, saya tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Namun
jika saya terus hantar rombongan merisik atau meminang, tetapi dia tidak
terima, bagaimana?
"Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab dia sebenarnya
yang memalukan diri sendiri dengan cara dengan tindakannya terlalu yakin
itu. Tak perlulah hendak jadi yakin sangat."
Sharnaaz turut berharap pihak media akan bertanya kepada Shila kerana baginya, teman wanitanya itu sudah pun dewasa.
"Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab keputusan terletak di tangan
dia. Malah dia pun dah besar panjang. Saya yang hendak kahwin dengan
dia, bukan dengan bapa dia. Jadi tanyalah kepada tuan empunya badan
sendiri."
Sebelum ini dipetik dari Harian Metro, ND Lala telah menegur Sharnaaz
kerana bersikap terlalu terbuka dengan hubungan cintanya dengan pelantun
lagu "Patah Seribu" itu.
Malah ND Lala turut meminta agar jangan biadap dan mengenepikan dirinya
dan isteri sebagai ibu bapa Shila selepas mengeluarkan kenyataan bahawa
dia akan tetap merisik Shila pada Mac akan datang walaupun dihalang oleh
bapa penyanyi tersebut.
Sumber: www.yahoo.com
No comments:
Post a Comment