Pages

Showing posts with label Seladang. Show all posts
Showing posts with label Seladang. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Dalam Stadium OK: Perak FA


 
Pemain JDT, Liciano Figueroa (kiri) diasak pemain Perak, pada perlawanan Liga Super, di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, Sabtu lalu.

Perak beri markah 5A kata Presiden PBNJ sangat prihatin tapi kecewa lagak samseng penyokong JDT di luar stadium

Ipoh: Perak tetap membuat bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden penyokong Seladang diberi layanan ‘panas’ oleh segelintir penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu.

Pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad, berkata bantahan itu dibuat bagi mengelak peristiwa hitam itu daripada berulang.


Beliau berkata, memang diakui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menjaga dengan baik keadaan keselamatan dalam stadium yang dibanjiri kira-kira 30,000 peminat itu.

“Kalau dalam stadium memang markahnya 5A, memang Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat prihatin, sangat baik dan sangat bertanggungjawab.

“Apa yang saya sebut ialah kejadian di luar stadium, sebelum perlawanan kira-kira jam 5 petang apabila bas yang bawa penyokong Perak disambut oleh segelintir penyokong JDT yang berlagak samseng, menutup muka dan melakukan provokasi yang sangat teruk.

“Dua penyokong Perak terlantar hampir pitam akibat provokasi oleh segelintir penyokong JDT. Mereka maki hamun, tetapi kita tidak pedulikannya sehingga penyokong kita masuk stadium.


Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan:
Perak hantar bantahan rasmi
MSL 2014: Insiden semasa JDT vs Perak
Ngauman Harimau Selatan 
Kesebelasan utama JDT dikenalpasti


Monday, January 20, 2014

Perak hantar bantahan rasmi

Ipoh: Dua penyokong Perak dipukul sehingga pengsan, bas dibaling suar, cermin belakang kereta pengurus pasukan dipecahkan dan semua penyokong hanya dapat keluar dari stadium, pada jam 12 tengah malam.




Itu antara layanan buruk yang diterima penyokong Seladang ketika bertandang menyaksikan perlawanan Liga Super antara skuad itu dengan Johor Darul Tazim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam kelmarin. 

Ini penghinaan tahap maksimum yang kami terima daripada penyokong JDT. Mereka bertindak melampau ke atas kami walaupun sudah memenangi perlawanan.

Bayangkan jika pasukan mereka kalah malam kelmarin? Saya cukup kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Ia langsung tidak melambangkan budaya masyarakat kita. Ini budaya samseng, kata pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad, semalam.

Berikutan itu, beliau akan meminta Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai insiden yang mencemarkan bola sepak negara itu.

Layanan buruk
Malah, Azhar berkata penyokong Perak seramai 300 orang yang menaiki enam bas menerima layanan buruk sejak sebelum perlawanan bermula apabila mereka di kepung peminat JDT serta tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium.

Sebenarnya PAFA sudah memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mengenai kehadiran 300 penyokong itu dan membuat tempahan tiket untuk mereka.

Mujurlah tindakan pantas pegawai FAM dan pegawai Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dapat menyelesaikan masalah itu dan penyokong berkenaan dapat memasuki stadium, katanya.

Di Johor Bahru, polis menahan tiga lelaki dipercayai penyokong JDT berusia dalam lingkungan 20-an di perkarangan stadium, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata tiga lelaki itu ditahan oleh anggota polis bertugas selepas mengejar mereka yang disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketiga-tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan. Polis menyiasat insiden itu dari pelbagai sudut kerana mendatangkan bencana, gaduh gempar dan ugutan, katanya. 


Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan:
MSL 2014: Insiden semasa JDT vs Perak
Ngauman Harimau Selatan 
Kesebelasan utama JDT dikenalpasti