Pages

Thursday, January 23, 2014

Bukan Islam tidak perlu patuh titah Diraja: Perkasa gesa peguam ditahan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menggesa penahanan peguam berhubung kenyataan yang mendakwa  masyarakat bukan Islam tidak perlu patuh kepada mana-mana titah pemerintah negeri atau fatwa yang digariskan Majlis Fatwa Kebangsaan. Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Shamsuddin Moner, berkata tindakan peguam berkenaan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menggesa penahanan peguam berhubung kenyataan yang mendakwa masyarakat bukan Islam tidak perlu patuh kepada mana-mana titah pemerintah negeri atau fatwa yang digariskan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Shamsuddin Moner, berkata tindakan peguam berkenaan menghina ketua negara dan keputusan Mahkamah Rayuan selain mendesak kerakyatan peguam tersebut dilucutkan kerana tidak menghormati titah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.




"Jelas kepada kita bahawa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang di-Pertuan Agong yang berkata kalimah Allah hanya eksklusif kepada kaum Islam sebagai satu bentuk penegasan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

"Ia juga dilihat sebagai salah satu bentuk kawalan pencegahan demi menyelamatkan akidah umat Islam daripada dikelirukan oleh gereja dalam cubaan memurtadkan penganut agama Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahad lalu, Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong bertitah, kalimah Allah merupakan hak eksklusif kepada penganut agama Islam dan penganut agama lain dilarang menggunakan perkataan itu sebagai reaksinya dalam polemik penggunaan kalimah Allah.

Sebagai reaksi kepada titah Diraja itu, peguam berkata Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan negara Islam.

Oleh itu, bukan Islam tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Justeru, titah Yang di-Pertuan Agong dalam isu kalimah Allah bukan hanya atas kapasiti sebagai Ketua Agama Islam tetapi sebagai ketua negara yang patut difahami oleh masyarat negara ini seperti dalam Perlembagaan," kata Shamsuddin.

Katanya, kenyataan peguam itu juga seperti membuat pengisytiharan menderhaka secara terbuka ke atas Yang di-Pertuan Agong sekali gus menghina institusi fatwa yang ditubuhkan oleh majlis raja-raja Melayu.

Pada masa sama, Shamsuddin memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mencabar kesabaran pertubuhan tersebut terutamanya melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

"Sebagai umat Islam yang cintakan keamanan dan perpaduan kaum maka kami ingin beri amaran kepada ekstremis Roman Katolik dan cauvinis Cina di negara ini supaya segera memohon maaf kepada Agong.

"Darah kami sedang membuak-buak dan sedia untuk tumpah di bumi ini demi mendaulatkan Islam dan memartabatkan maruah kaum pribumi," katanya.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan peguam, Edmund Bon sebagai berkata: “Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.”

Pengasas Lawyers for Liberty, Eric Paulsen juga berkata, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.

“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen



Sumber: Malaysian Insider, MSN News 

Artikel Berkaitan
Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata peguam



Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata peguam

Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan. Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986

Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.



Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.

“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) & Kes Lain.

Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam.

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.

“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”

Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen.

“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati.

“Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen.

Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman.

Semua pihak berkepentingan harus membuang prejudis dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini, kata peguam tersebut.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari juga berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri.

“Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.

Kenyataan Sultan semalam dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Alla oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri menegaskan pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10 perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.

Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengatakan Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport masuk ke dalam negara. 


Sumber: Malaysian Insider, MSN News 

Wednesday, January 22, 2014

Flat Pekeliling diroboh

KUALA LUMPUR: Selepas lama terbiar Flat Tunku Abdul Rahman yang lebih dikenali Flat Pekeliling di Jalan Pekeliling, di sini mula dirobohkan oleh pihak pemaju Asie Sendirian Berhad, hari ini.

Kerja meroboh lima blok flat itu dilakukan pada jam 12.40 tengahari tadi selepas jengkaut seberat 11 tan diangkat ke tingkat 17 salah satu bangunan berkenaan menggunakan kren seberat 300 tan. 




Kerja itu dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2015.

Bagi projek perobohan itu Asie Sendirian Berhad melantik Syarikat Chang Chern Denolation Specialist selepas mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Oktober lalu.


Pegawai Keselamatan Pekerjaan Chang Chern Demolation Specialist, Dr C Sivakumar berkata, tempoh untuk merobohkan setiap blok flat itu mengambil masa kira-kira empat bulan.





Sumber: Harian Metro

Piala FA 2014: Keputusan Perlawanan Pusingan I

Sarawak 2-1 Penang
PKNS 3-2 JDT II
Kuantan 0-1 Sabah
Terengganu 4-0 Shahzan Muda
Sime Darby 2-1 ATM
N. Sembilan 0-1 Felda Utd
KL 0-4 Kedah
LionsXII 3-0 DRB Hicom
PBAPP 2-0 Cebagoo
Melaka 1-2 Perlis
UITM 2-3 T-Team
PDRM 1-0 KL Spa
Perak (4)2-2(5) *Pahang


KELIBAT penyerang Pahang, Matias Ruben Conti (kanan) ketika menentang Perak dalam aksi Piala FA di Stadium Perak, malam tadi.

Pemain ATM, Marlon Alex James (kanan) mengasak pemain Sime Darby, William Mensah di Stadium Selayang, malam tadi

Sumber: FB Astro Arena 801, Berita Harian, Harian Metro

Artikel Berkaitan:
Perak hantar bantahan rasmi
MSL 2014: Insiden semasa JDT vs Perak
Ngauman Harimau Selatan 
Kesebelasan utama JDT dikenalpasti

Piala Sumbangsih 2014: Pahang lwm Lions XII
TRW laung amaran
Ttroussier sah latih Harimau Malaya


 

Dalam Stadium OK: Perak FA


 
Pemain JDT, Liciano Figueroa (kiri) diasak pemain Perak, pada perlawanan Liga Super, di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, Sabtu lalu.

Perak beri markah 5A kata Presiden PBNJ sangat prihatin tapi kecewa lagak samseng penyokong JDT di luar stadium

Ipoh: Perak tetap membuat bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden penyokong Seladang diberi layanan ‘panas’ oleh segelintir penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu.

Pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad, berkata bantahan itu dibuat bagi mengelak peristiwa hitam itu daripada berulang.


Beliau berkata, memang diakui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menjaga dengan baik keadaan keselamatan dalam stadium yang dibanjiri kira-kira 30,000 peminat itu.

“Kalau dalam stadium memang markahnya 5A, memang Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat prihatin, sangat baik dan sangat bertanggungjawab.

“Apa yang saya sebut ialah kejadian di luar stadium, sebelum perlawanan kira-kira jam 5 petang apabila bas yang bawa penyokong Perak disambut oleh segelintir penyokong JDT yang berlagak samseng, menutup muka dan melakukan provokasi yang sangat teruk.

“Dua penyokong Perak terlantar hampir pitam akibat provokasi oleh segelintir penyokong JDT. Mereka maki hamun, tetapi kita tidak pedulikannya sehingga penyokong kita masuk stadium.


Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan:
Perak hantar bantahan rasmi
MSL 2014: Insiden semasa JDT vs Perak
Ngauman Harimau Selatan 
Kesebelasan utama JDT dikenalpasti