Pages

Showing posts with label Patung. Show all posts
Showing posts with label Patung. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

CCTV kesan 3 disyaki bakar 10 patung lilin I-City


Shah Alam: Kebakaran sebahagian Muzium Lilin The Red Carpet di i-City di sini, Rabu lalu, disyaki perbuatan khianat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di muzium berkenaan.

Berdasarkan rakaman itu, tiga individu memecah masuk bangunan dan melakukan perbuatan terbabit.



Pengurus Maklumat I-Berhad, Tang Soke Cheng, berkata pihaknya sudah menyerahkan rakaman CCTV itu kepada polis kelmarin, bagi membantu siasatan.

“Rakaman itu menunjukkan tiga individu memecah masuk ke dalam bangunan dan memulakan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi Rabu lalu, 10 patung lilin yang mempamerkan figura terkenal terbakar.

Soke Cheng berkata, kejadian itu mengakibatkan kerugian besar berikutan kemusnahan bahagian dalam bangunan termasuk patung lilin interaktif sehingga terpaksa ditutup untuk proses baik pulih.

Muzium Lilin masih dibuka


Bagaimanapun, katanya, muzium itu masih dibuka kepada pengunjung sepanjang Tahun Baharu Cina dan hanya mempamerkan bahagian yang tidak terjejas.

“Kami sudah memindahkan baki pameran yang tidak terjejas ke ruang lebih kecil, tanpa latar belakang supaya pelawat masih boleh melihat pameran pada harga tiket lebih rendah,” katanya.

“Kerja penyelenggaraan dan membaik pulih bahagian yang rosak akan bermula selepas cuti Tahun Baharu Cina dan kami menjangka muzium dibuka sepenuhnya pada awal Mei depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Sumber: bharian.com.my, hmetro.com.my

Artikel Berkaitan
10 Patung Lilin i-City Cair Terbakar 

Friday, January 31, 2014

10 Patung Lilin i-City Cair Terbakar


SHAH ALAM : Lebih 10 patung lilin yang mempamerkan figura terkenal di muzium lilin The Red Carpet, i-City di sini terbakar dipercayai akibat perbuatan sabotaj kira-kira pukul 2.37 pagi semalam.

Kebakaran di ruang pameran berkeluasan 126 meter persegi itu, menyebabkan taman tema digital tersebut mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Pengurus maklumat I Berhad, Tan Soke Cheng berkata, api tidak merebak terlalu besar dan berjaya dipadamkan pihak bomba pada pukul 3.31 pagi.

Sumber: Kosmo

Menurut siaran Bulletin Utama pada 2 Feb 2014, perbuatan khianat tersebut telah berjaya dirakam CCTV. 3 lelaki disyaki terlibat dalam kebakaran tersebut.

Artikel Berkaitan
CCTV kesan 3 disyaki bakar 10 patung lilin I-City