Pages

Tuesday, November 27, 2012

Save Gaza

KLCC

Sesi persekolahan bermula di Gaza selepas diarah cuti khuatir keselamatan kanak-kanak sekolah akibat tembakan tanpa henti jet-jet perang Israel.

Syahidah Haya Hamdan, anggota Palang Merah di Tebing Barat selepas koma akibat terjatuh daripada ambulan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini.

Muhammad adalah merupakan seorang abang kepada Abdur Rahman Majdi Naim yang telah terkorban. Ketika mereka bermain-main di sebuah jalan seperti biasa kanak-kanak bermain tiba-tiba mereka diletupkan dengan roket pesawat perang Israel yang akhirnya mengorbankan adiknya yang disayangi Allah.

Akhirnya tinggallah Muhammad seorang diri meratapi hari pengebumian adiknya membawa bersamanya sebuah kenangan bersama adik tercinta di jalanan Gaza bermain bersama sebagai sebuah keluarga buat kali terakhir.

Orang yang sama?


Sumber Aman Palestin dan Carigold




AirAsia Tambang Dari 11 sen sahaja


Cara selamat makan mi segera

Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk dimakan. Ia mudah dan praktikal. Namun harus diingat akan bahayanya. Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya kepada tubuh.

Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak.

Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan.

"Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera," ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar jangan terlalu kerap makan mi segera.

Sementara itu pakar pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan. "Bukan hanya karbohidrat, makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin. Tidak cukup dengan kenyang saja," katanya.

Jelas Andi, hidangan sarapan perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat makanan. Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan 2,000 kcal).

Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar. "Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan," ujarnya.

Maka jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi," jelasnya.

Dalam pada itu Andi dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya.

"Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru," jelas Andi.

Satu lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. "Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti ketika memasak," kata Andi. Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang masuk ke tubuh kita.

"Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik diganti dengan garam," katanya. Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi segera. 

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika membeli mi segera. Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak. Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu.

Sumber http://my.entertainment.yahoo.com/news/cara-selamat-makan-mi-segera-053440819.html

Aliff Aziz kecewa dengan pertunangan Anne Ngasri

Aliff Aziz kecewa dengan pertunangan Anne Ngasri

23 Nov – Episod cinta antara Aliff Aziz dan Anne Ngasri sudah pun berakhir, tetapi liputan media mengenai bekas pasangan kekasih ini nampaknya belum lagi surut. Seperti yang diketahui, aktres tempatan ini sudah sah bergelar tunang kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno berusia 40 tahun, Mohd Sumali Reduan dan nyata berita tersebut mengejutkan banyak pihak terutama sekali penyanyi kelahiran Singapura ini.
Aliff mengakui bahawa dirinya terluka apabila mengetahui bekas teman wanitanya itu mengikat tali pertunangan dan bakal diijabkabulkan pada 22 Disember depan.
Malah apa yang lebih memilukan, bekas pasangan kekasih ini pernah merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini ketika masih bersama.

"Memang perancangan itu menjadi, namun sayangnya, lelaki yang dipilih oleh Anne bukanlah saya tetapi orang lain. "Sebelum ini Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika tiada jodoh di antara kami, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini.

Malah pelantun lagu hits "Jangan Ganggu Pacarku" ini pada awalnya menyangkakan jodohnya bersama aktres tersebut selepas terpaut dengan kesempurnaan yang dimiliki oleh Anne. "Saya sangat mencintainya. Oleh itu apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. "Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana masalah kesihatan dan pada masa yang sama, saya juga cuba menyembuhkan hati saya ini.

"Tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon agar kesakitan yang saya lalui dapat dikurangkan dan berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia cukup sempurna di mata saya," kata Aliff ketika ditemui di sidang media majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holiday Villa, Subang Jaya baru-baru ini.

Tidak tahu di mana silapnya, Aliff walaubagaimanapun bersyukur kerana dipertemukan dan berpeluang mencintai aktres berusia 28 tahun itu walaupun hubungan mereka hanya sempat bertahan selama lapan bulan.

"Mungkin saya terlalu ramah dengan orang lain sehingga membuatkan dia ragu-ragu terhadap kejujuran saya sehingga ia mendatangkan masalah kepada hubungan kami. "Kegagalan hubungan ini merupakan satu pengajaran besar dan mengingatkan saya supaya jangan mengabaikan orang yang kita sayangi kerana Tuhan boleh menarik cinta itu dengan serta-merta," ujar Aliff yang turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga Anne kerana telah menyayangi serta melayannya seperti anak sendiri.

Sumber http://my.entertainment.yahoo.com/news/aliff-aziz-kecewa-dengan-pertunangan-anne-ngasri-061400625.html

Isteri Rentung Dalam Rumah

TAWAU: Seorang suami hanya mampu meraung kesedihan apabila isterinya yang sakit dan tidak mampu bergerak, rentung dalam kebakaran rumah mereka di Jalan Hamzah, Batu 8, Ranggu, dekat sini, semalam.

Lebih menyedihkan, ketika kebakaran berlaku jam 9 pagi, suami terbabit hanya dikenali sebagai Robert, 30, keluar mengambil wang gaji yang ingin digunakan bagi menyewa kereta untuk membawa isterinya, Rensiana Bara, 25, ke hospital.

Sekembali ke rumah, Robert terkejut dan hanya mampu meratap kematian Rensiana yang mayatnya ditemui rentung dalam keadaan telentang di bilik tidur.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya yang sakit dan membengkak menyebabkan dia tidak mampu bergerak.


Seorang ahli keluarga mangsa dikenali sebagai Romanus, 50, berkata mangsa sakit sejak beberapa hari lalu dan tidak mampu bergerak.


sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Me...entung/Article