Pages

Friday, March 14, 2014

Pemilik Volkswagen berhimpun luah rasa tidak puas hati!


Semalam beberapa pemilik Volkswagen telah berhimpun secara aman di hadapan pejabat Volkswagen Group Malaysia untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai kegagalan pihak terbabit menangani beberapa isu. Antara isu yang dibangkitkan adalah kerosakan transmisi DSG, kegagalan enjin, menolak tuntutan dan beberapa perkara lagi.

Pelbagai sepanduk dan pelekat yang ditampal pada kenderaan pemilik juga telah dibuat sebagai tanda protes mereka terhadap isu ini. Nampaknya mereka begitu bersatu hati untuk menuntut hak mereka sebagai pengguna dan diharapkan masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara baik selain tindakan lebih drastik perlu dilakukan pihak Volkswagen Group Malaysia supaya perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.





Sumber: funtasticko.net

Siling Hotel Concorde Runtuh


KUALA LUMPUR: Siling Hotel Concorde di Shah Alam runtuh petang tadi menyebabkan sebahagian besar dari lobinya musnah.

Bagaimanapun menurut laporan tiada individu yang tercedera dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Menurut laporan lagi, pengawal keselamatan hotel tersebut telah memaklumkan premis itu sedang dalam proses pengubahsuaian.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu pihaknya tiada menerima laporan kejadian itu.

Bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara tersebut.

"Kami tidak dipanggil... mungkin runtuh biasa sahaja," katanya.




Hotel Concorde Shah Alam merupakan hotel taraf empat bintang yang dibina pada tahun 1996 yang memiliki 381 bilik dilengkapi kemudahan moden dan mewah.

Selain terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam, ia merupakan satu-satunya hotel di Shah Alam yang memilik tiga jenis sijil halal.

Sumber: www.astroawani.com