Pages

Monday, August 25, 2014

Sharnaaz Ahmad vs Azwan Ali


NAMPAKNYA ‘perang’ antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pengacara Azwan Ali belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir.

Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Sharnaaz sekali lagi memuatnaik ‘screenshot’ status Twitter Azwan yang menyebut, pembantu peribadinya yang telah menyekat sebahagian pengikut yang disifatkannya sebagai ‘jijik’ dan ‘ahli neraka’.



Pengacara itu juga dengan bangganya menyatakan bahawa pembantu peribadinya bergaji RM3,000.

Bagaimanapun, apa yang menaikkan kemarahan Sharnaaz ialah hashtag #MELAYULAKNATULLAHMSIA yang digunakan oleh Azwan dalam statusnya itu.


Berikut merupakan kenyataan pelakon itu:

“Salam Khas buat bro @divaazwanavazz Sy tak pernah kisah awk nak selfie camana pun, tapi ingat, perkataan yg lahir dari mulut pinjaman awak tu dah menguris hati Org Melayu.. Anak melayu jangan diusik degan perkataan menghina bang, cilaka badan bang..

Abg nak maki saya saya tak akan maki abang balik, sebab abg lagi tua dari saya, saya dah takde hormat kat abg, saya doakan abg yg baik baik, takde niat nak aibkan bro, TETAPI kalau MELAYU bro jentik, waspadalah bang, sebab sekelilingmu ada lah org org MELAYU..


*Kepada yg nak komen tak elok baik hentikan, doa yg baik, bukan aibkan dia yg sedia ter-aib.. *Kepada sesiapa org MELAYU nak menyokong dia silakan, saya tarik hormat saya pada anda sebagai melayu. 

*Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap jugak bila sampai ke tangan azwan.. 
Ini bukan soal jantina, aib, personal, INI SOAL BANGSA MELAYU YG DI INJAK KEDAULATAN!! MOHON MAAF PADA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT BANG”

Jika anda mengikuti Instagram Sharnaaz, dia sememangnya sudah memberi ‘amaran’ supaya tidak sekali-kali menghina bangsa Melayu.

Azwan Ali Kutuk Melayu, Sharnaaz Beri Amaran Di Instagram


Tapi, kalau ikut pengamatan kami, Azwan bukanlah seorang yang mudah menerima teguran, apatah lagi yang berbentuk amaran seperti ini.

Sudahnya nanti, pengacara yang kononnya mempunyai jutaan pengikut itu akan membalasnya dengan maki-hamun di laman sosial.

Sumber: MyNewsHub

Kopi Najis Gajah Bernilai RM221 Secawan

BANGKOK – Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan.

Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai.

“Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat.

“Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi,” kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah.

Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. – Agensi

Peminat Gigih Mahu Jodohkan Fahrin Ahmad Dengan Anaknya


TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita Harian, hari ini.

Alkisahnya, seorang makcik yang berasal dari Terengganu sanggup bertemunya beberapa kali semata-mata mahu menjodohkan pelakon itu dengan anaknya.

Antaranya termasuklah di Perlis ketika Fahrin menjadi hos sukan SUKMA, di Jom Heboh Kelantan dan juga di Terengganu semasa rakaman sebuah program.

Menurutnya, makcik itu sanggup menunggunya selama lima jam dan beratur panjang sewaktu program Jom Heboh tersebut semata-mata mahu bertanya adakah dia sudah berkahwin atau belum.

Terharu dengan usaha wanita itu, Fahrin bagaimanapun sedar ia agak mustahil untuk ditunaikan.

“Dalam ada yang memandang saya negatif dengan pelbagai tanggapan dek cinta lalu (dengan beberapa artis), ada juga yang berminat menjadikan saya calon menantu mereka. Wanita berusia itu sedikit sebanyak memberi kepercayaan untuk saya meneruskan kehidupan.

“Sejujurnya anak kepada wanita itu ada berinteraksi dengan saya menerusi telefon bimbit. Anaknya sudah ada pilihan sendiri dan tidak mahu ibunya terus-terusan cuba menjodohkannya dengan saya. Saya faham situasi anaknya itu,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Fahrin berkata, dia sebenarnya tidak tertekan soal jodoh.

“Saya percaya jodoh saya itu ada dan saya sering bersangka baik soal takdir. Ibu saya sendiri setiap kali habis berborak dengannya terutama di corong telefon, ibu selalu doakan saya untuk dipercepatkan jodoh. Pendek kata, kalau minta doa daripada ibu, memang doa bab jodoh yang dimintanya,” tambahnya.

Memang kuat sungguh aura si Fahrin ini sehingga ramai ibu yang memasang angan untuk bermenantukannya.

Agaknya, kalau Fahrin menerima ‘pinangan’ makcik tersebut, kami yakin dia akan menjadi menantu yang paling disayangi, tak gitu?


Sumber: MyNewsHub

Bagaimana Buat Promosi di Facebook Tanpa Keluar Duit Untuk Iklan? Sila Klik..