Pages

Sunday, April 6, 2014

Syabas: Jadual Catuan Bekalan Air


Berikut merupakan ringkasan dari Notis yang dikeluarkan oleh Syabas
  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan Zon 2; Zon 3 bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing

  • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. 

  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. 

  • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

AirAsia Mohon Maaf


SEPANG -6 April: AirAsia memohon maaf kepada umum atas kesilapan yang berlaku melalui penerbitan artikel ‘Pilot’s Perspective’ dalam majalah Travel Sixty yang diedarkan di dalam pesawat penerbangan syarikat itu.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun berkata, rencana tulisan Kapten Lim Khoy Hing iaitu bekas juruterbang AirAsia dan MAS itu dikeluarkan pada waktu tidak sesuai selain tindakan disiplin bakal dikenakan kepada sidang editorial majalah terbabit.

“Tidak disengajakan dan dikesali, isu semasa dalam artikel itu membincangkan radar dan sistem kedudukan sejagat (GPS), yang telah dicetak sebulan sebelum tarikh keluarannya.

“Kami telah menangani isu ini dan telah menambah baik proses kelulusan editorial bagi memastikan kandungan majalah ini konsisten dengan nilai-nilai jenama kami selain berjanji perkara seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang ,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kamaruddin berkata, pihaknya telah mengeluarkan semua majalah Travel Sixty itu daripada setiap pesawat penerbangan AirAsia.

AirAsia menjadi sasaran warga siber berikutan penyebaran sekeping gambar berkaitan dengan artikel itu yang didakwa tidak sensitif dengan tragedi kehilangan MH370.

Sumber: sinarharian.com.my

Berikut dikatakan merujuk kepada artikel berkenaan.



Kaki Digigit Tikus Ketika Menonton Wayang


PETALING JAYA -5 April: Melakukan aktiviti luar bersama keluarga pada waktu malam bertukar tragis selepas kaki Chrisanne Chin digigit tikus semasa dia sedang menonton filem di pawagam Golden Screen Cinemas ( GSC) Mid Valley pada Rabu.

Moderator Belia dan ahli eksekutif Majlis Gereja Malaysia (CCM) itu merasakan sesuatu yang tajam di kakinya dan terus menjerit kesakitan ketika menonton filem di pawagam.

Apabila lampu dibuka dia terkejut melihat darah meleleh di kakinya.

"Sebaik sahaja ia berlaku, kami terus menemui kakitangan dan mereka membawa kit bantuan kecemasan untuk membersihkan luka. Saya juga membuat aduan rasmi dengan GSC. Pihak pengurusan juga membayar balik tiket wayang kami.

"Gigitan tikus adalah berbahaya kerana air liur atau lendirnya boleh membawa maut, seperti mana air kencingnya.

"Mereka memberitahu saya supaya menghantar bil perubatan saya kepada mereka," kata Chin yang juga membuat ulasan filem untuk laman web pangkalan data Filem dan TV, Rotten Tomatoes.

Chin berkata ini adalah isu yang serius dan GSC harus memberi perhatian dalam perkara ini.

"Kesihatan dan keselamatan awam adalah paling utama bagi mana-mana cawangan. Kejadian ini sangat mengecewakan bagi saya sebagai pelanggan tetap GSC yang meminati filem dan menulis ulasan filem adalah salah satu daripada hobi kegemaran saya.

"Saya rasa Malaysia adalah pasaran filem yang besar dan semakin meningkat dan saya percaya GSC tidak perlu hanya melihat untuk mengaut keuntungan sahaja tetapi juga memikul tanggungjawab korporat ke arah memastikan keselamatan dan kesihatan awam.

"Kami hanya mahu pawagam yang bersih dan saya berharap GSC mengambil tindakan serius sebelum lebih ramai orang tercedera," katanya.

Chin menyiarkan gambar kaki berbalut dan ia telah tersebar di Facebook. Sehingga Sabtu, 661 orang berkongsi gambar ini di Facebook.

GSC telah secara terbuka memohon maaf di laman Facebook mereka dan mereka sudah menghubungi pakar dan pihak berkaitan mengenai perkara ini.

Sumber: mynewshub.my

10 Hilang Ketika Beriadah Di Gunung Tok Wan, Bukit Broga


KUALA LUMPUR – 6 April: Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga di sini, pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira 11.54 pagi.

“Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.

“Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam. – Bernama

Korban Cinta di Nepal

Sungai Buloh: Cinta sejati membawanya ke Nepal untuk tinggal bersama suami dengan meninggalkan ibu bapa di tanah air, namun pengorbanan itu akhirnya membawa penderitaan apabila hidupnya bertukar ibarat hamba abdi di bumi asing.

Itulah nasib menimpa Nur Sri Rahayu Marimon, 24, yang kini terpaksa bekerja sebagai pemecah batu dan mencari kayu api untuk menyara kehidupannya bersama dua anak di Pathari 1 Morang, kira-kira 450 kilometer dari Kathmandu, Nepal.


Menceritakan kisah anaknya itu, ibunya, Jaliah Tamin, 52, berkata anak keenam daripada sembilan beradik itu terkandas di kampung suami di kawasan pedalaman berkenaan sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, Nur Sri Rahayu atau lebih mesra dipanggil Ayu berkahwin dengan suaminya, seorang lelaki warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang di sini pada 2006 atas dasar cinta, biarpun dia keberatan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan.


“Lelaki Nepal itu memeluk Islam dengan menggunakan nama Osman. Disebabkan anak saya nekad untuk berkahwin dengan Osman, saya terpaksa bersetuju menikahkan mereka.

Sumber: hmetro.com.my