Pages

Sunday, March 16, 2014

Kura-kura jalani pembedahan Caesarean?

Apa cerita ni?

Klik untuk imej besar

Sumber: carigold.com

Future Music Festival Asia - 6 mati disyaki ambil dadah berlebihan


KUALA LUMPUR — Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat
mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.



Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk
Mohmad Salleh hari ini.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena
Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya.

Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak
penganjur, konsert berkenaan ‘Future Music Festival Asia’ yang sepatutnya
berakhir malam ini, dibatalkan.


Konsert itu diadakan sejak Khamis

“Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai ‘designer drug’ atau dadah sintetik,” katanya.

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100
sebiji bergantung kepada kandungannya.

Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19
orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan,
Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya. – BERNAMA

Semua isteri ada 6th sense?

Artikel Muhamad Mat Yakim

SEKARANG, saya pun macam orang lain juga, bimbang, berdoa dan mengharapkan supaya misteri kehilangan pesawat MH370 segera berakhir.

Siang malam kita tertanya-tanya dan tanpa putus asa, kita tunggu berita yang baik bahawa kesemua isi MH370 akan kembali dalam keadaan sihat dan selamat.

Justeru apabila tulisan saya tidak membicarakan dengan lebih lanjut mengenai apa yang paling merisaukan kita, ini bukan bermakna saya tidak sensitif atau tidak bersedih.

Cumanya saya mahu segera bawa susulan tulisan saya minggu lalu, 'Jangan main-main naluri isteri' yang begitu mendapat perhatian. Hampir sejuta baca Kelab 40 minggu lalu.

Sehubungan itu, minggu ini saya mahu berkongsi maklum balas sebilangan pembaca yang saya pilih komen mereka untuk kita sesama kita lebih memahami akan ragam wanita berstatus isteri.

Kesimpulannya, isteri-isteri yang nampaknya begitu teruja mengikuti tulisan saya mengaku, mereka punyai deria keenam atau 6th sense.

Paling menarik, seorang isteri mengaku dia sering terserempak secara tidak sengaja dengan sifat suaminya yang suka berfoya-foya dengan wanita lain.

Bukan itu sahaja, dia juga dakwa mengalami mimpi setiap kali suaminya curang malah akan 'diberitahu' identiti kekasih suaminya itu.

Kesemua alamat itu katanya pernah membawa dia ke bilik hotel di mana dia tangkap suaminya sedang berselingkuh dengan adik angkatnya sendiri.

"Itu yang terakhir dan saya putus asa kerana tahu dia tak akan berubah. Selepas itu, saya nekad untuk bercerai dan kini hidup bahagia dengan perkahwinan kedua," katanya.

Seorang wanita lain pula berpendapat, naluri isteri selalunya tepat sebab dia yang jaga makan minum dan ambil berat hal ehwal suami. "Kalau dia berubah, kita akan cepat perasan," katanya.

Senada tetapi tidak sama, seorang lagi isteri berkata, memang benar, naluri isteri cepat 'tangkap' perubahan suami disebabkan air tangannya masuk ke dalam perut suami setiap hari.

"Jadi semua isteri kena rajin masaklah. Kalau malas masak, nanti bibiklah pula yang boleh 'baca' suami," katanya.

Dalam tajuk yang sama tetapi merujuk pada situasi yang sedikit berbeza, seorang isteri mengakui: "Betul, sokong sangat.

Apabila suami ada masalah atau dalam masalah, memang boleh agak dan selalunya betul. Even bila dia ada duit atau nak bagi duit, pun dapat agak dan selalunya betul jugak!"

Berbanding yang lain,  satu komen yang sangat ringkas tetapi membawa makna yang cukup dalam: "Isteri sanggup makan hati demi anak-anak. Anak-anak adalah nyawa seorang ibu.

Biar menangis di dalam ... seseorang isteri akan tetap reda, sabar, berserah kepada ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambaNya..."

Itu wanita, daripada lelaki bukan semua negatif pada isu-isu yang seperti ini. Mohammad Farid Abd Karim berpendapat:

"Pada saya, sebab si isteri rasa tak sedap hati (apabila suaminya berlaku curang) ialah kerana dia ikhlas dalam perkahwinan. Suami pun, kalau ikhlas dan isteri buat tak betul, akan juga mengalami perasaan yang sama."

"Bukan setakat dalam perkahwinan, dalam persahabatan pun kalau kita ikhlas dan tawakal pada ALLAH, insya-Allah, tuhan akan tunjuk atau beri petunjuk sekiranya sahabat ada niat yang tak baik terhadap kita."

Menariknya, seorang pembaca Kelab 40 - lelaki - yang menyokong teori 6th sense itu, mengakui: "Patutlah setiap kali aku mengurat, isteri call. Tiap kali aku mengurat, isteri call.

Akhirnya aku terpaksa stop kokurikulum. You are the best wife in the world la darling!"

Berbanding kesemua komen, yang paling menyentuh (baca: menyentap) hati saya sendiri adalah satu mesej Whatsapp yang sudah semestinya daripada isteri saya: "Hakikatnya, ALLAH yang buka jalan kepada isteri untuk menutup noda suami!"

Sumber: mstar.com.my