Pages

Sunday, January 26, 2014

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014


Pada pelaksanaan kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal. Skim ini akan berkuat kuasa dari 26 Januari hingga 9 Februari 2014. Tempoh pelaksanaan skim pada kali ini adalah selama 15 hari (5 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 9 hari selepas perayaan).

Disertakan senarai 13 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina  2014.


  1. Ayam hidup
  2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) 
  3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) 
  4. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji) 
  5. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) 
  6. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) 
  7. Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) 
  8. Bawang putih (China) 
  9. Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor) 
  10. Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram) 
  11. Babi hidup Daging babi (perut) 
  12. Daging babi (daging dan lemak) 
Maklumat lanjut di Lawan Web KPDNKP

Bukit Gambir Dulu dan Sekarang












Sumber: Google Image

Artikel Berkaitan
Persimpangan bertingkat Bukit Gambir mula beroperasi
Plaza Tol Bukit Gambir atasi kesesakan
  

Persimpangan bertingkat Bukit Gambir mula beroperasi

MULA beroperasi...beberapa buah kenderaaan melalui Plaza Tol Bukit Gambir di Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gambir, Ledang, Johor, hari ini.

LEDANG 26 Jan. - Persimpangan bertingkat Bukit Gambir di sini yang dibina dengan kos RM115 juta beroperasi secara rasmi mulai pukul 6 pagi ini.

Tol kedua yang dibina di daerah ini, terletak antara Plaza Tol Tangkak dan Pagoh iaitu di Kilometer (km) 157.1, Lebuhraya Utara-Selatan dengan jarak sejauh 12.1 km dari Plaza Tol Tangkak dan 14.8 km ke Plaza Tol Pagoh.

Tinjauan Utusan Malaysia di persimpangan bertingkat itu mendapati, laluan masih lenggang dengan kebanyakan pemandu kenderaan keluar masuk adalah dari daerah ini yang mahu merasai pengalaman melalui lebuh raya tersebut.

Bagi kenderaan yang masuk dari Tol Tangkak dan keluar di Tol Bukit Gambir, bayaran dikenakan RM1.80 (kereta), RM2.80 (lori kecil), RM7.20 (lori besar), RM4.90 (teksi) dan RM1.40 (bas) manakala dari Tol Pagoh ke Bukit Gambir, bayaran adalah RM2.20 (kereta), RM3.40 (lori kecil), RM4.50 (lori besar) dan RM1.10 (teksi/bas).

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan
Plaza Tol Bukit Gambir atasi kesesakan
Bukit Gambir Dulu dan Sekarang

Plaza Tol Bukit Gambir atasi kesesakan

Muhyiddin melihat peta laluan bertingkat Bukit Gambir pada majlis perasmiannya di Ledang, Johor, semalam. 

Pembukaan persimpangan bertingkat beri manfaat penduduk Muar, Ledang

Tangkak: Jika sebelum ini Plaza Tol Pagoh dan Tangkak sentiasa sesak setiap kali cuti panjang, kini masalah itu diatasi dengan pembukaan Plaza Tol Bukit Gambir.

Plaza tol baharu itu dibuka sepenuhnya mulai hari ini selepas pembukaan secara rasmi disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Muhyiddin berkata, persimpangan bertingkat Bukit Gambir ini dapat menyuraikan trafik dan mengurangkan kesesakan di plaza tol sedia ada di Tangkak dan Pagoh.

Kos RM108 juta

Katanya, projek persimpangan itu dimulakan pada Ogos 2010 dengan kos RM108 juta yang dibiayai sepenuhnya PLUS, selain kos pengambilan tanah RM7 juta dibiayai Kerajaan Persekutuan.

“Pembukaan persimpangan bertingkat ini memberi manfaat kepada penduduk daerah Muar dan Ledang, selain menjadi kemudahan akses kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS),” katanya ketika merasmikan pembukaan persimpangan bertingkat itu.

Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Muhyiddin berkata, kejayaan projek berkenaan adalah manifestasi kerajaan yang sentiasa mengutamakan kemudahan rakyat.

Usaha sama sektor awam, swasta

“Ia juga membuktikan kejayaan hasil usaha sama dan sokongan padu yang dijayakan sektor awam dan swasta dalam pembangunan infrastruktur negara.

“Saya yakin kedudukan persimpangan bertingkat yang strategik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi setempat,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, syarikat konsesi lebuh raya perlu terus meningkatkan prestasi mereka pada tahap yang tinggi.

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan
Persimpangan bertingkat Bukit Gambir mula beroperasi
Bukit Gambir Dulu dan Sekarang