Pages

Monday, January 20, 2014

Dasar Automatif Nasional 2014

Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, hari ini telah membentangkan Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 bertempat di Menara Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

DAN 2014 sememangnya bukan saja dinanti-nantikan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam industri automotif negara, malah juga oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Persoalannya kini, adakah DAN 2014 yang dibentangkan itu telah memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia melalui penurunan harga kereta? Jawapannya adalah tidak.

Pihak kerajaan pada petang tadi secara rasminya telah mengumumkan bahawa cukai eksais kenderaan tidak akan diturunkan, dengan alasan status kewangan negara masa kini yang berada pada paras defisit.

Tanpa penurunan harga kereta seperti mana yang dijanjikan oleh manifesto Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu, DAN 2014 seperti mana yang dibentangkan terasa hambar dan mengecewakan.

Mungkin terdapat beberapa dasar yang boleh dipuji seperti menjadikan Malaysia sebagai hub automatif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles : EEV), tetapi saya percaya ianya akan mengambil masa yang lama untuk menjadi kenyataan.

Bagaimana pula dengan harga kenderaan hibrid yang sebelum ini menerima pengecualian cukai import dan eksais sehingga 31 Disember 2013? DAN 2014 telah menetapkan hanya kenderaan hibrid yang dipasang di dalam negara sahaja (CKD) masih layak untuk dikecualikan daripada kedua-dua cukai tersebut.

Bagi kenderaan hibrid atau eletrik yang diimport masuk sepenuhnya (CBU), tiada lagi pengecualian cukai selepas ini seperti mana yang dinikmati sebelumnya, kecuali bagi unit-unit yang telah dibawa masuk sejak tahun lepas.

Berkenaan sistem Permit Import (AP) yang hanya menguntungkan segelintir pihak yang berkepentingan dan mendapat bantahan meluas dari majoriti rakyat Malaysia, pihak kerajaan seperti mana yang dijangka telah membuat keputusan untuk terus mengekalkan dasar sedia ada.

Pihak kerajaan dikatakan hanya akan membuat kajian lebih mendalam mengenai sistem AP selepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, bagi menilai kesan yang mungkin akan timbul terhadap penyertaan Bumiputera dalam industri automotif jika ianya dimansuhkan.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia masih perlu membeli kereta berjenama bukan nasional pada harga yang tinggi setelah DAN 2014 diumumkan, disebabkan tiada sebarang pengurangan cukai eksais daripada pihak kerajaan.

Tanpa pengurangan cukai eksais, rakyat Malaysia hanya mampu membeli kereta berjenama tempatan, namun dengan spesifikasi yang rendah atau telah dikurangkan.

Adalah mustahil model-model kereta berjenama tempatan yang mempunyai spesifikasi tinggi seperti Proton Preve dan Suprima S ditawarkan pada harga rendah, kecuali apabila ianya diturunkan tarafnya menjadi model Super Value (SV).

Di bawah berikut ialah kenyataan media mengenai Dasar Automotif Negara 2014, termasuk persembahan ‘slide’ DAN 2014. Sila klik untuk membaca kedua-duanya;
Media Statement: National Automotive Policy (NAP) 2014
Artikel Berkaitan:
Dasar Automotif Nasional 2014: Harga kereta bakal turun lagi?

Sumber: permotoran.com

Perak hantar bantahan rasmi

Ipoh: Dua penyokong Perak dipukul sehingga pengsan, bas dibaling suar, cermin belakang kereta pengurus pasukan dipecahkan dan semua penyokong hanya dapat keluar dari stadium, pada jam 12 tengah malam.




Itu antara layanan buruk yang diterima penyokong Seladang ketika bertandang menyaksikan perlawanan Liga Super antara skuad itu dengan Johor Darul Tazim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam kelmarin. 

Ini penghinaan tahap maksimum yang kami terima daripada penyokong JDT. Mereka bertindak melampau ke atas kami walaupun sudah memenangi perlawanan.

Bayangkan jika pasukan mereka kalah malam kelmarin? Saya cukup kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Ia langsung tidak melambangkan budaya masyarakat kita. Ini budaya samseng, kata pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad, semalam.

Berikutan itu, beliau akan meminta Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai insiden yang mencemarkan bola sepak negara itu.

Layanan buruk
Malah, Azhar berkata penyokong Perak seramai 300 orang yang menaiki enam bas menerima layanan buruk sejak sebelum perlawanan bermula apabila mereka di kepung peminat JDT serta tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium.

Sebenarnya PAFA sudah memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mengenai kehadiran 300 penyokong itu dan membuat tempahan tiket untuk mereka.

Mujurlah tindakan pantas pegawai FAM dan pegawai Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dapat menyelesaikan masalah itu dan penyokong berkenaan dapat memasuki stadium, katanya.

Di Johor Bahru, polis menahan tiga lelaki dipercayai penyokong JDT berusia dalam lingkungan 20-an di perkarangan stadium, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata tiga lelaki itu ditahan oleh anggota polis bertugas selepas mengejar mereka yang disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketiga-tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan. Polis menyiasat insiden itu dari pelbagai sudut kerana mendatangkan bencana, gaduh gempar dan ugutan, katanya. 


Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan:
MSL 2014: Insiden semasa JDT vs Perak
Ngauman Harimau Selatan 
Kesebelasan utama JDT dikenalpasti


Dasar Automotif Nasional 2014: Harga kereta bakal turun lagi

Kuala Lumpur: Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga antara 20 hingga 30 peratus bagi kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

Bagi membolehkan harga yang lebih kompetitif, kerajaan dijangka mengambil pendekatan dengan menyediakan insentif untuk terus menggalakkan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini. 


Menurut sumber industri, penurunan harga kereta juga selaras agenda kerajaan yang dinyatakan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan pelbagai langkah dilaksanakan sejak 2012.

Semakan semula DAN yang ditunggu-tunggu peserta industri, pelabur dan pengguna, menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu juga bertujuan meningkatkan penyertaan berterusan Bumiputera, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.

Kaji masalah pengguna

Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.
Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.

Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar, kata seorang peserta industri.

Mengenai pengurangan harga, beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat. Antaranya Honda Jazz dikurangkan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13 peratus), PROTON Saga (12 peratus) dan terbaru PERODUA Alza (12 peratus).

Dalam pada itu, kerajaan memulakan usaha mengurangkan kadar duti eksais di bawah Program Rangkaian Industri (ILP). Menerusi program itu, pengeluar bahagian kenderaan dari Malaysia dan negara ASEAN dibenarkan memohon rebat cukai, sekali gus membantu mengurangkan harga jualan.

Ketika ini, duti import adalah sehingga 30 peratus, manakala duti eksais antara 65 hingga 125 peratus.

Selain itu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan dijangka membantu mengurangkan harga kenderaan di negara ini.
Mengikut kajian, GST akan membantu mengurangkan harga kereta kerana cukai jualan kenderaan ketika ini adalah 10 peratus, manakala GST hanya enam peratus.





Tarik FDI

Sementara itu, penganalisis automotif tempatan berpendapat kerajaan dijangka mengumumkan pelbagai langkah dan insentif untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI), khususnya dalam segmen pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Langkah itu dilihat mempunyai kesan pengganda ekonomi yang besar dalam meningkatkan daya saing, menyediakan peluang perniagaan kepada syarikat dan vendor automotif tempatan, pemindahan teknologi dan inovasi serta mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia hab kenderaan EEV di rantau ini, kerajaan juga dijangka membuka permohonan Lesen Pembuatan (ML) kepada syarikat automotif asing dalam usaha menggalakkan pengeluar kereta dalam segmen berkenaan di negara ini.

Tawar lesen EEV

Kerajaan dijangka membuka pemberian lesen pengeluaran EEV secara menyeluruh. Kini lesen hanya diberikan kepada pemasangan kereta dengan kapasiti enjin tidak kurang 1800cc dan harganya perlu lebih daripada RM150,000 seunit, kata seorang sumber.




Bagaimanapun, beliau tidak menjangka langkah itu akan memberi kesan negatif kepada pengeluar kereta nasional seperti PROTON Holdings Bhd kerana ia adalah segmen kereta berbeza, membabitkan sistem enjin berteknologi tinggi dan harganya juga dalam kategori lebih mahal.

Turut dijangka disentuh dalam NAP 2014 ialah dasar pemeriksaan kenderaan yang diperluaskan kepada kenderaan persendirian berbanding kenderaan komersial sekarang.

Bagaimanapun, penganalisis secara umumnya tidak menjangka kerajaan akan menguatkuasakan dasar pelupusan kenderaan.

Jika dilaksanakan, kerajaan terpaksa memberi kupon tunai RM5,000 kepada pengguna yang melupuskan kenderaan. Berdasarkan kedudukan fiskal semasa kerajaan, dasar itu berkemungkinan tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini, katanya.


Sumber: Berita Harian, Funtasticko.net 

MSL 2014: JDT lawan Perak

Kami mewakili PBNJ memohon maaf kepada penyokong Perak diatas insiden yg terjadi distadium larkin selepas tamat perlawanan diantara JDT menentang Perak. Untuk makluman semua pihak kami telah mengenal pasti individu-individu yg menjadi punca segala permasaalahan ini. 

Tidak ada toleransi dari pihak kami dan penyokong terbabit akan diharamkan seumur hidup dari memasuki semua Stadium di Johor yang melibatkan bolasepak. Mereka yg tersabit tidak boleh lari dari diambil tindakan dan pihak Polis telahpun mengambil tindakan sewajarnya kepada individu-individu tersebut. 

Kami memohon agar semua penyokong Johor supaya tidak menyimpan dendam keatas insiden2 yg lepas. Jangan mencemarkan nama baik negeri Johor kerana mojoriti rakyat ingin menyaksikan perlawanan bolasepak dengan penuh aman bersama rakan-rakan dan keluarga. 

Bolasepak Johor telah mara kehadapan namun masih ada segelintir penonton yg merosakkan nama baik Johor. Kalau betul sayangkan pasukan kita, sayangkan nama baik negeri kita janganlah ulangi insiden seperti ini. Jadilah penyokong yang hebat dan dihormati. 

Sekali lagi kami dgn rasa rendah diri memohon maaf. Terima kasih.








 



Kereta Pengurus Pasukan Perak


Sumber:
FB: Johor Southern Tigers, Brotherhood Johor, The Bos Gaurus, Silver State Ultras

Artikel Berkaitan:
Ngauman Harimau Selatan 
Kesebelasan utama JDT dikenalpasti