Pages

Tuesday, March 11, 2014

Che Ta Sah Mengandung

SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengesahkan dirinya kini berbadan dua.

Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya, telah mengesahkan bahawa dirinya sudah hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin.

Menerusi laman sosial itu juga, Che Ta telah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan status yang berbunyi:

"Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmatMU ya ALLAH.. Amin."

Perkongsian tersebut telah menarik ramai pelayar Instagram untuk mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan Zain.

Zain dan Che Ta telah bernikah pada 12 Disember tahun lalu


Sumber: sinarharian.com.my

PBNJ sudah balas surat pertuduhan


JOHOR BAHRU - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) sudah membalas surat pertuduhan berhubung kekecohan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team dalam kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini 1 Februari lalu dan kini terpulang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk

Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Fahmy Yahya ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pasukan JDT sudah menjawab surat pertuduhan dikeluarkan Pihak Sekretariat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada skuad tersebut melalui PBNJ.

"Kita sudah menjawab surat pertuduhan itu," katanya, namun enggan mengulas lanjut berhubung kandungan isi surat jawapan berkenaan termasuk bila ia diserahkan kepada FAM.

Utusan Malaysia 5 Mac lalu melaporkan, JDT telah diberikan surat pertuduhan berhubung kekecohan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan skuad itu menentang T-Team dalam kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada 1

Februari lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pertuduhan yang dikenakan ialah berhubung kegagalan dari segi keselamatan dan JDT diberikan tempoh seminggu bermula 4 Mac untuk menjawab pertuduhan itu.

"Pihak Sekretariat FAM telah mengeluarkan surat pertuduhan kepada pasukan JDT di bawah Kod Tatatertib 28.1 iaitu kesalahan daripada segi mengawal keselamatan pegawai dan pemain semasa perlawanan.

"Pihak JDT diberi masa seminggu untuk membalas surat pertuduhan itu dan mereka kena serahkan selewat-lewatnya pada 11 Mac ini kepada FAM," katanya.

Beliau menambah, surat itu hanya ditujukan kepada pasukan itu melalui PBNJ.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan/20140311/su_02/PBNJ-sudah-balas-surat-pertuduhan#ixzz2vdoMzlA4