Pages

Tuesday, July 23, 2013

JPJ tidak beri kelulusan 'tinted'

Komen Admin: Sewajarnya daripada JPJ mencari kesalahan, lebih baik bagi JPJ menyekat penjualannya. Haramkan terus tinted, halogen, no plat dan sebagainya dari dijual di kedai-kedai aksesori. Jadikan aksesori yang menepati piawai sebagai standard pemasangan di kilang. Pengeluaran no plet oleh JPJ juga bleh dijadikan sumber kewangan kepada JPJ.


Anggota JPJ memeriksa kenderaan yang melalui Plaza Tol Bentong.

BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan penggunaan filem penapis cahaya kepada mana-mana kedai aksesori kenderaan di seluruh negara.

Sehubungan itu pemilik kenderaan diingatkan agar tidak terpengaruh dengan promosi pemasangan filem penapis cahaya melebihi 50 peratus ketelusan cahaya yang kononnya diluluskan jabatan berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri, Mohd Johari Mat Nor berkata, pemasangan filem itu boleh membahayakan keselamatan pengguna kenderaan terutama pada waktu malam atau pada hari hujan.

“Pemasangan filem itu boleh mengganggu penglihatan pemandu dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Justeru, pemilik kenderaan diminta tidak terpengaruh dengan tawaran penjual sehingga boleh memberikan kesan semasa pemanduan,” katanya selepas mengetuai ‘Ops Motosikal’ di Plaza Tol Bentong, dekat sini, kelmarin.

Dalam operasi itu, JPJ mengeluarkan 56 notis saman daripada 96 kesalahan dikesan.

Mohd Johari berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (lima kes), cukai jalan tamat tempoh (satu kes) dan tidak mempamerkan pelekat L (satu kes).

Manakala bagi kesalahan memasang lampu LED ada dua kes dan notis larangan penggunaan (42 kes).

Katanya, operasi melibatkan empat pegawai dan 31 anggota JPJ dari cawangan Bentong serta Raub itu menjalankan pemeriksaan ke atas 339 kenderaan bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

“Dalam operasi itu juga, JPJ menahan seorang lelaki tidak miliki sebarang dokumen diri dan memandu sebuah lori kecil dipercayai dicuri yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, manakala lori berkenaan disita,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/tinted...n-jpj-1.185690