Pages

Tuesday, May 27, 2014

Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Dengan Erra


Baru saja nama Erra Fazira menjadi bualan hangat kerana dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, terbaru hari ini bekas suami Erra, Engku Emran berkongsi gambarnya keluar bersama-sama Erra, anak mereka, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka.

Sebelum ini, memang peminat Erra sudah sedia maklum yang Emran kini sedang dalam misi cuba memujuk semula bekas isterinya supaya kembali kepangkuannya.

Ada peminat menyokong, namun tak kurang juga ada peminat yang tidak berapa menyukai tindakan Emran yang berusaha sedaya upaya memberitahu perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan para pengikutnya.

Oh rupa-rupanya mereka keluar bersama untuk menemani anak tunggal mereka yang comel itu untuk mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu.

Kita doa-doakan sahaja yang terbaik untuk keluarga kecil ini ya! - MYNEWSHUB.MY



Pemenang RM1 Juta Al-Awfar Tak Dapat Tidur Malam

Pemenang Al-Awfar anjuran Bank Islam. Dari kiri Idayu Idris, Mohd Idrus Ibrahim dan Mohd Hafiz Abd Khalid. -Foto ART CHEN/THESTAR.
PETALING JAYA - 27 Mei: Memperolehi  wang berjumlah RM1 juta pada usia muda pasti tidak pernah terjangkau dek fikiran. Namun itulah yang berlaku kepada tiga pemenang cabutan pemegang akaun Al-Awfar anjuran Bank Islam yang diumumkan pada Selasa.

Menurut salah seorang pemenang, Idayu Idris,35, dia membuka akaun Al-Awfar bertujuan menyimpan duit untuk kegunaan peribadi.

"Saya sendiri tidak tahu pun mengenai cabutan ini. Saya hanya simpan duit hasil perniagaan online, sebagai stokis Double Stem Cell ke dalam akaun Bank Islam.

"Jujurnya, saya tidak pernah menyangka dan pada mulanya pihak Bank Islam tidak dapat menghubungi saya kerana saya telah bertukar nombor telefon. 

"Memang sudah dikatakan rezeki saya, kawan telah memaklumkan nama saya diumumkan sebagai pemenang cabutan Al-Awfar dan saya menghubungi pihak bank dua hari selepas itu," katanya kepada mStar Online pada majlis penyampaian replika cek kepada pemenang cabutan bertuah Al-Awfar di Menara Star pada Selasa.

Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dia merancang untuk terus menyimpan wang yang dimenanginya itu bagi kepentingan anak-anaknya serta menunaikan haji bersama keluarga. 

"Memang saya tak terfikir sebab semua ini datang mengejut. Saya bersyukur kerana selama ini saya hanya menyimpan duit dalam akaun Bank Islam, kerana takut untuk membawa wang tunai terlalu banyak. 

"Saya juga ada menyarankan kawan-kawan agar menyimpan duit di Bank Islam selepas ini. Mana tahu mungkin ada rezeki mereka pula selepas ini," katanya.

Idayu (kiri), Mohd Hafiz (dua kiri), Datuk Seri Zukri dan Mohd Idrus (dua kanan) bersama replika cek masing-masing.
Bagi seorang lagi pemenang, Mohd Hafiz Abd Khalid, 31, dia merancang untuk menyelesaikan pinjaman kewangannya terlebih dahulu. 

"Saya hendak selesaikan hutang kereta dan rumah. Selepas itu saya mahu simpan untuk masa depan anak-anak. Memang ada niat nak pergi haji," katanya. 

Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia membuka akaun Bank Islam di cawangan Pekan untuk membayar pinjaman peribadi dan ansuran rumahnya. 

Hafiz yang juga Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, di TUDM Gong Kedak, itu berkata sejak mendapat panggilan telefon daripada Pengurus Bank Islam cawangan Pekan, dia tidak dapat melelapkan mata.

"Saya memang tidak tahu mengenai kempen anjuran Bank Islam ini. Masa mula dapat berita memang tak percaya bila kawan saya beritahu. Bila saya semak di laman web Bank Islam  saya pun terkejut dan hendak tidur malam pun tak boleh," katanya. 

Pemenang ketiga, Mohd Idrus Ibrahim, 27, berkata dia ingin membawa ibu dan ayahnya menunaikan haji dengan wang yang dimenanginya itu. 

"Saya hendak hantar mak ayah pergi haji. Sehingga hari ini saya masih tak percaya dengan kemenangan yang saya perolehi. 

"Saya juga hendak simpan duit untuk persiapan kahwin saya satu hari nanti," katanya.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.

Di bawah kempen Al-Awfar pengguna perlu menyimpan sebanyak RM1,000 selama empat bulan bermula daripada Januari hingga April 2014. 

Sumber: mstar.com.my

Sunday, May 25, 2014

Keputusan Pemilihan FAM 2014/18

BERIKUT senarai barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM hari ini:
    
Presiden:
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
    
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
    
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
    
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)

- Bernama

Saturday, May 24, 2014

Pelajar tumbuk cikgu disiplin

PELAJAR yang didakwa menumbuk guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Taman Putri Kulai dekat Kulaijaya, semalam
JOHOR BAHRU 23 Mei - Seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Taman Putri Kulai dekat Kulaijaya cedera di bahagian mulut selepas dipercayai dipukul oleh seorang pelajar sekolah berkenaan semalam.

Difahamkan, pelajar tingkatan dua itu bertindak demikian selepas dimarahi guru lelaki berkenaan ketika berada di surau sekolah tersebut.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan memandangkan tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

Gambar pelajar terbabit dan guru tersebut dalam keadaan berdarah di bahagian bibir turut dimuat naik di laman sosial dan blog.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Ishak Mahbob memaklumkan, siasatan berhubung perkara tersebut sedang dijalankan dan tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supritendan Mohad. Idris Samsuri ketika dihubungi memberitahu pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140524/je_07/Pelajar-tumbuk-cikgu-disiplin#ixzz32b88ZHIH © Utusan Melayu (M) Bhd


Peraturan cermin gelap dikaji

KUALA LUMPUR 23 Mei - Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan.

Pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman.

"Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

"Saya telah mengarahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Long See Wool untuk menganjurkan bengkel khas bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140524/dn_04/Peraturan-cermin-gelap-dikaji#ixzz32b7Lyg00 © Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, May 23, 2014

Murid Tumbuk Cikgu

KOTA KULAI - 23 Mei: Seorang pelajar tingkatan 2 dikatakan menumbuk gurunya sehingga mengakibatkan kecederaan.

Apakah yang telah terjadi?

Bukankah guru seorang yang perlu kita hormati?

Renungkan untuk ikhtibar bersama.



Sumber: FB Saudagar Kunyit

Saturday, May 17, 2014

Gambar Wanita Solat Atas Jejambat Jadi Viral

Gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi wanita warga Indonesia menunaikan solat di atas jejambat berhampiran bangunan DBP, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA - 17 Mei: Mendakwa mendapat 'hidayah' untuk berubah, seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gambar wanita berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari Sabtu hingga menjadi viral apabila dia yang lengkap bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah ditepi jalan.

Maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurut Zainuddin, wanita yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Sumber: mstar.com.my

On Jabbar digantung 20 tahun


PETALING JAYA - 17 Mei: On Jabbar digantung daripada melibatkan diri dengan aktiviti bola sepak selama 20 tahun dan didenda RM50,000 gara-gara menumbuk pengadil, Sukri Abd. Rahman pada 19 April lalu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abd. Razak, berkata, hukuman itu adalah setimpal dengan apa yang dilakukan oleh On, yang ketika itu merupakan pe­ngurus Johor Darul Ta'zim.

"Bekas pengurus JDT II, On Jabbar, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan. Kami mengambil kira rayuan yang dikemukakan namun kami di Jawatankuasa Tatatertib melihat kes ini sebagai sangat serius.

"Kami mengambil keputusan menjatuhkan hukuman gantung 20 tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak dan denda RM50,000. Memandangkan On Jabbar juga adalah exco PBNJ maka PBNJ didenda RM40,000.

"Hukuman ini tertakluk kepada Perkara 3.4 iaitu jika didapati bersalah, hukuman minimum adalah digantung dua tahun dan maksimum dikenakan penggantungan seumur hidup.

"Bagaimanapun On dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh tujuh hari selepas surat rasmi hukuman dikeluarkan.

"Ini satu peringatan kepada beliau bahawa tiada jalan pintas untuk mencipta sejarah dalam dunia bola sepak dan semuanya mengikut peraturan," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

On menumbuk Sukri ketika pemain kedua-dua pasukan meninggalkan padang ekoran beberapa keputusan yang dianggap tidak adil semasa perlawanan JDT II berdepan UiTM FC sebelum disuraikan oleh pihak polis.

Insiden itu membuatkan ratusan penyokong JDT II berkumpul di perkarangan pintu masuk stadium dan memaksa pengadil keluar dan memohon maaf kepada mereka.

Taufek berkata, On tidak dikenakan penggantungan seumur hidup kerana mengambil kira beberapa hukuman yang telah diterima daripada PBNJ.

"Kami bukannya berlembut apabila menjatuhkan hukuman sebegini. Kami turut mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh On iaitu dia telah diberhentikan daripada jawatan pengurus JDT II dan dikenakan denda sebanyak RM25,00 oleh PBNJ.

"Selain itu, dia juga bertukar menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang ke jawatan lain atas kehendak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) setelah mengambil kira insiden yang berlaku namun dalam masa sama dia masih lagi berminat menguruskan bola sepak pada masa akan datang," katanya.

PBNJ turut dikenakan denda tambahan atas dua tuduhan ber­asingan berkaitan perlawanan yang sama, iaitu sebanyak RM10,000 kerana para penyokong JDT II membaling botol air kepada pegawai perlawanan dan pemain pasukan UiTM FC serta RM20,000 lagi kerana kegagalan keselamatan semasa kejadian berlangsung.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST) pula dikenakan hukuman RM5,000 kerana tindakan para penyokong membakar suar.

Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia juga didenda RM5,000 ekoran tindakan peminat Sarawak yang merupakan penyokong lawan membakar suar pada perlawanan di Stadium Sela­yang 18 Januari lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140517/su_01/On-Jabbar-digantung-20-tahun#ixzz31xGgDisS © Utusan Melayu (M) Bhd 

Kesan Tapak Kaki Bersaiz Besar Jadi Tanda Tanya

Kesan tapak kaki berlumpur bersaiz besar yang ditemui berhampiran hutan simpan Endau Rompin menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.
JOHOR BAHRU - 17 Mei: Sesuatu yang aneh apabila tiga pasang tapak kaki berlumpur, yang pertama kelihatan seperti tapak kaki harimau, kedua kelihatan seperti tapak kaki gajah dan yang ketiga menyerupai tapak kaki manusia tetapi dengan saiz besar ditemui.

Jejak dan kesan tapak kaki yang menjangkau hampir 1km berhampiran hutan simpan Endau Rompin membuatkan pesara Sia Chwee Khim, 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, hairan dan sangat teruja.

Mereka percaya kesan tapak kaki yang ketiga mungkin kesan tapak kaki 'Bigfoot' yang selama ini menjadi cerita mitos.

Pasangan itu, bersama dengan anak perempuan mereka Joanna, 30, dan sekumpulan rakan-rakan dari Singapura mengambil keputusan untuk menjejaki trek kesan tapak kaki yang ditemui sepanjang lebih dari 1km pada 10 Mei.

"Ia sangat mengejutkan. Makhluk itu telah berjalan di dalam tanah merah lembap dan kemudian ke jalan tar, meninggalkan jejak yang jelas untuk kita lihat," kata Sia, sambil menambah kumpulan itu telah mengambil gambar banyak dan mengukur tapak kaki yang besar yang mempunyai ukuran kira-kira 48cm panjang dan 11cm lebar.

"Kami cuba untuk meniru langkah dan jangkauannya tetapi kaki kami tidak mampu disesuaikan dengan jarak langkah itu.

"Kami juga menolak kemungkinan kesan itu ditinggalkan oleh gajah kerana ia agak bujur, seperti kaki manusia, dan mempunyai empat jari kaki runcing yang menonjol," katanya.

Kumpulan itu sedang menuju ke Endau Rompin apabila mereka menemui kesan aneh itu.

Sia menjelaskan bahawa apa yang membingungkan kumpulan itu apabila kesan tapak kaki yang dikatakan daripada 'Bigfoot' itu turut disertai kesan tapak kaki gajah dan harimau.

Pengarah Perhilitan Negeri Hasnan Yusop berkata sepasukan pegawai menjalankan pemeriksaan kesan tapak kaki dan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin kesan tapak kaki gajah.

"Boleh jadi gajah yang lembab berjalan dengan mengheret kaki meninggalkan kesan dan jangkauan yang panjang," katanya.

Mengenai bekas tapak kaki gajah dan harimau, Hasnan berkata tidak semestinya haiwan itu bergerak bersama-sama tetapi boleh jadi menggunakan laluan yang sama pada masa yang berlainan.

Kali terakhir Bigfoot menjadi tajuk berita ialah pada yang tahun 2005 apabila sekumpulan pekerja mendakwa telah melihat makhluk berbulu yang besar di Kampung Mawai, Kota Tinggi.

Para pekerja cuba untuk mengejar makhluk itu tetapi gagal.

Mereka juga dilaporkan menemui tapak kaki yang besar berukuran antara 40cm dan 50cm di dalam lumpur.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Vincent Chow berkata beliau menerima berita mengenai tapak kaki Bigfoot pada hari yang sama sambil menambah adalah agak mustahil perkara ini adalah gurauan kerana tapak kaki ini mempunyai jarak lebih daripada 1km.

"Boleh jadi ia kaki primat berkaki dua tegak yang belum pernah ditemui sesiapa," kata beliau sambil menambah terdapat banyak penemuan tapak kaki haiwan seperti ini terutama oleh penduduk tempatan, tetapi pihak berkuasa sering tidak mengambilnya sebagai perkara serius.

Sumber: mstar.com.my

Thursday, May 15, 2014

Operasi Cermin Gelap Bermula 16 Jun


KUALA LUMPUR – 15 Mei: Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

“Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Namun beliau berkata, penggunaannya perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. – BERNAMA, Mynewshub

Bila Ayu Akan Pulang Dari Nepal? Apa Status Bantuan Kepadanya?


ANAKNYA kini sudah selamat berada di pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal bagaimanapun sehingga kini keluarga tidak mengetahui status sebenar urusan untuk membawanya pulang ke Malaysia.

Nur Sri Rahayu Marimon, 24, tiba di Kedutaan Malaysia pada 29 April lepas selepas mengharungi perjalanan sejauh kira-kira 500km dari Pathari 1 Morang ke Kathmandu selepas keluar dari rumah mertuanya.

Ia berikutan permintaan pihak kedutaan yang memintanya yang dikenali sebagai Ayu datang ke kedutaan jika ingin pulang ke Malaysia dan urusan membawanya pulang dapat diselesaikan dengan segera.

Bagaimanapun sejak hari itu status sebenar keadaan Ayu yang menunggu saat dibawa pulang ke Malaysia masih lagi dipenuhi tanda tanya khususnya dari pihak keluarganya.

Mynewshub.my semalam menemui bapa Ayu, Marimon Ahmad Kasman, 57, untuk mengetahui keadaan sebenarnya proses membawa pulang Ayu yang difahamkan sudah dimulakan beberapa pihak terutamanya dalam urusan pengumpulan dana.

Marimon berkata pada 13 April lepas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus berkunjung ke rumah bagi melihat situasi sebenar masalah yang dihadapinya.

“Pada masa itu, YB beritahu akan mengadakan kutipan tabung dan beliau menghulurkan RM1,000 sebagai permulaan kutipan tabung berkenaan,” kata Marimon kepada Mynewshub.my ketika ditemui di rumahnya di Tasik Kundang, Kuang, Selangor.

Baru-baru ini, pihak kedutaan menghubungi Marimon dan bertanyakan berapa jumlah yang sudah terkumpul untuk dibayar kepada kerajaan Nepal berikutan denda tinggal lebih masa yang terpaksa dibayar oleh wanita itu.

Bingung memikirkannya, Marimon cuba menghubungi pejabat ADUN Kuang untuk mengetahui status tabung yang dikatakan akan dikutip bagi membantu membawa Ayu pulang ke Malaysia tetapi hanya berjaya bercakap dengan kakitangan pejabat sahaja.

Kakitangan berkenaan kemudian berkata akan menghubungi ADUN bagi mendapatkan jawapan.

“Sehingga hari ini, kami tidak tahu menahu mengenai tabung itu melainkan hanya RM1,000 yang diberikan Datuk, itu sahaja, sama ada kutipan sudah mencukupi atau tidak saya tidak tahu.

“Anak saya di Nepal sudah semakin sedih apabila terpaksa tinggal di kedutaaan dalam jangkamasa yang lama,” katanya.

Sementara itu, ibu Ayu, Jaliah Tamin, 52, pula berkata setakat ini jumlah wang terkumpul yang diketahui ialah RM5,000 iaitu hasil kutipan ikhlas di pihak kedutaan dan juga wang sumbangan dari YB ADUN.

“Saya berasa lega apabila mengetahui Ayu sudah selamat di kedutaan dan perut saya seperti kenyang sepanjang hari biarpun tidak makan apabila memikirkan anaknya sudah selamat.

“Cuma kini, saya berharap dapat diberitahu apa status sebenar urusan membawa pulang kerana kedua-dua pihak dilihat seperti bertanyakan antara satu sama lain,” katanya.

Lari Ke Nepal Ikut Suami

Ayu merupakan seorang wanita warga Malaysia yang lari ke Nepal mengikut suaminya yang merupakan warga negara itu selepas kelahiran anak pertamanya di Malaysia.

Ayu dan suaminya berkahwin di Thailand dan kemudian mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di negara ini.

Kini Ayu sudah dikurniakan dua cahaya mata dengan seorang lagi dilahirkan di Nepal manakala Ayu ditinggalkan suaminya hidup bersendirian kerana dia bekerja di Arab Saudi.

Dia kemudiannya terpaksa menjalani kehidupan susah bekerja memecah batu dan mencari kayu api demi menyara dua anaknya sepanjang berada di sana dan kini dia merayu untuk dibawa pulang ke negara asalnya Malaysia.



Kisah Ayu dan dua anaknya di Nepal mendapat liputan meluas sebuah akhbar terkenal di negara ini yang menerbitkan berita mengenai kisahnya selepas pendedahan Mynewshub.my pada 19 Mac lepas.

Bermula dari kisah kesedihan Ayu ingin pulang ke Malaysia sehinggalah kisah Ayu berjaya tiba di Kedutaan di Kathmandu kesemuanya diterbitkan di dalam akhbar berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

Bila Viva sondol Pesawat MAS!


LEPAS satu-satu insiden yang menimpa Malaysia Airlines ni (MAS).

Belum pun MH370  nampak perkembangannya, terbaru sebuah pesawatnya  dirempuh sebuah kereta Perodua Viva di lapangan terbang.

Ia dikongsi Facebook MalDef-Malaysian Defense.

Sehingga kini kami belum mendapat butiran terperinci mengenai kejadian itu.

Mungkin MAS boleh mengeluarkan kenyataan berhubung apa yang terjadi.

Walaupun ia mungkin kemalangan kecil, namun ia boleh dijadikan ‘bahan lawak’ kalau tidak ditangani dengan baik.

Cukup-cukuplah apa yang terjadi sebelum ini…tak sanggup tengok lebih banyak ‘insiden’ yang tak diingini menimpa syarikat penerbangan kebanggaan kita itu.




Macam-macam…. – Mynewshub.my

Ops Warta: Saman Tertunggak RM570 Juta, Polis Jejaki Pesalah Mulai Jun


KUALA LUMPUR – 15 Mei: Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam ‘Ops Warta’ mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.

Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.

“Tindakan kami ini ialah untuk memastikan peraturan lalu-lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, 4.25 juta waran tangkap telah dikeluarkan.

Mohd Fuad berkata, melalui Ops Warta trafik yang dijalankan sejak September 2013 hingga Selasa lepas, 308,160 pemeriksaan dibuat dalam 9,743 operasi penguatkuasaan yang dijalankan, dengan 7,583 tangkapan terhadap individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Menurutnya, dalam tiga bulan pertama tahun ini, 114,115 kes kemalangan direkodkan, 1,512 daripadanya kemalangan maut yang meragut 1,623 nyawa.

Pengguna motosikal menjadi penyumbang tertinggi dari segi angka korban kemalangan iaitu 1,014 orang, diikuti pengguna kereta (332), pejalan kaki (125), lori (47), pacuan empat roda (31) dan basikal (30), bas (10), van (7) dan kenderaan lain (27).

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad mengaskan mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas ‘marshall’ tanpa kehadiran rasmi polis trafik akan diambil tindakan undang-undang.

“Tidak terdapat dalam undang-undang mengenai tugas marshall di jalan raya…keperluan bantuan tugas marshall mesti dengan kehadiran rasmi polis trafik dalam acara kebangsaan atau antarabangsa seperti yang dilihat dalam acara berbasikal Le Tour de Langkawi,” jelasnya.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan terutama apabila marshall menahan pergerakan trafik bagi melancarkan perjalanan sesuatu konvoi. – BERNAMA

Tersentuh, Pelayan Restoran Sanggup Tolong Suapkan Makanan Kepada Lelaki OKU

12 Mei yang lalu, seorang pengguna Facebook, Ghadaffi Othman memuat naik 2 gambar yang begitu menyentuh hati orang ramai di wallnya.

Alangkah mulianya hati seorang pemuda melayu yang juga seorang pelayan di Restoran Ayam Penyet Ria, Plaza Angsana, Johor menyuapkan nasi ke mulut seorang lelaki OKU berbangsa cina. 

Rupanya, masih ada lagi orang baik di dunia ini... 

Berikut status yang dimuat naik oleh Ghadaffi:


'Sangat tersentuh.. sangat2 tersentuh. Tinggi sungguh markah waiter ni. Waktu saya lunch dgn wife di Nasi Ayam Penyet Ria plaza angsana jb, ada sorang OKU masuk ke restoran. Lelaki tua cina yang cacat anggota dan akal.

Dengan tak banyak bunyi waiter ni bagi dia duduk amek nasi dan terus suapkan makanan ke mulut dia. Suap dan layan dia makan sampai selesai sepinggan nasi. Hati saya terus terdetik mulianya sikap waiter ni. Semoga Allah selamatkan hidup budak ni dunia akhirat. Kalau saya jadi waiter blom tentu saya mampu buat benda yang sama.

Lagi best masa dah habis makan OKU tu nak bayar staff restoran tu tak ambil bayaran. Saya bangga tengok anak muda bangsa saya macam tu. Fuhhhhhh.. tinggi markah kau dik. Abang bagi A+++..'



Sumber: siakapkeli.com

Wednesday, May 14, 2014

Presiden FAM - TMJ dapat sokongan 7 negeri?

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU - 14 Mei: Lebih tujuh perwakilan badan gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikatakan mengadakan pertemuan dengan calon Pre­siden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Pe­langi, semalam.

Para perwakilan yang terlibat ha­dir untuk mendengar sendiri visi dan misi yang ingin di­sampaikan oleh Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), selain ingin mengena­linya lebih dekat.

Semua perwakilan berkumpul di sebuah hotel di bandar raya ini sebelum bertemu Tunku Ismail pada satu majlis makan malam di istana beliau bermula pada pukul 8.30 malam.

Menurut sumber, kehadiran semua perwakilan terlibat itu belum tentu boleh diterjemahkan kepada sokongan yang ingin diberikan kepada Tunku Mahkota Johor itu.

Sebaliknya tujuan utama mereka hadir adalah untuk mendengar apa peranca­ngan beliau.

“Bagaimanapun, rata-rata yang hadir itu mahukan transformasi di dalam FAM sekali gus berharap pertemuan itu dapat memberi harapan baharu kepada bola sepak negara.

“Mereka mahu dengar misi dan visi Tunku Ismail," katanya di sini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Tunku Ismail seakan memberi isyarat kuat untuk bertanding pada pemilihan 25 Mei ini apabila akan mengadakan perjumpaan bersama beberapa perwakilan badan gabungan FAM di sini.

Perjumpaan tersebut turut didukungi Timbalan Presiden FAM yang kini dalam penggantungan, Tan Sri Annuar Musa yang dari awal jelas memberi sokongan padu kepada Tunku Ismail untuk mencabar pe­nyandang, Sultan Ahmad Shah dan anakanda baginda, Tengku Abdullah.

Dengan inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa perwakilan itu juga jelas menunjukkan, Tunku Mahkota Johor itu bersedia bertanding ja­wa­tan tersebut sekali gus per­tan­dingan kali ini dijangkakan sengit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140514/su_01/Dapat-sokongan-7-negeri#ixzz31h8t306O © Utusan Melayu (M) Bhd 

Kecewa Dituduh 'Gila Talak', Adam (AF2) & Fiza Mungkin Rujuk Semula

Adam AF2 akui masih sayang bekas isterinya Fiza Abdul Halim
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Adam AF2 mengakui sedang dalam proses memikirkan untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, pelakon Fiza Abdul Halim, 33, selepas sah bercerai talak satu pada 28 April lalu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengakui masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak menolak jodoh untuk kembali bersama dalam tempoh edah selama tiga bulan ini.

"Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh.

"Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan bahawa mereka merancang untuk kembali membina rumah tangga semula dan memperbaiki kesilapan masing-masing. 

Dalam pada itu, Adam mengakui sering berhubung dan mengambil berat tentang bekas anggota kumpulan Elite itu selepas berpisah.

Dia juga menyelar dakwaan segelintir pihak yang menganggap mereka sebagai 'gila talak' kerana ingin bersatu semula. 

"Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah.

"Saya tidak ambil peduli orang kata kami 'gila talak', mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak 'gila talak' sekalipun kami punya pasal," katanya.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Manakala pada 28 April lalu kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin.

Sumber: mstar.com.my

Ahmad Said Kembali Kepada Umno, Ikrar Sokong Najib

Ahmad Said ketika mengadakan sidang media di kediaman rasminya
KEMAMAN, 14 Mei: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Umno dan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menarik balik peletakan jawatannya.

Mengumumkan kembali ke pangkuan Umno, Adun Kijal itu berkata beliau memohon maaf kepada Najib berhubung tindakan beliau dan Najib pula memohon maaf kepadanya berhubung salah faham mengenai tarikh perkahwinan anak perempuannya.

Beliau memberitahu sidang media di kediaman rasminya di sini bahawa dia telah bertemu dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada awal hari Rabu.

"Pada mesyuarat itu, kami bersetuju bahawa ia adalah satu salah faham kecil. Kami kedua-duanya memohon maaf dan bersetuju bahawa perkara itu telah diselesaikan," katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata,  Ahmad berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui menteri besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Mohd Jidin berkata Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.

"Sehubungan itu, kita 17 Adun (BN) telah bersepakat untuk terus memimpin negeri Terengganu tanpa ada masalah.

"Yang lepas biarlah lepas. Jangan kita ambil kisah lagi. Kita perlu terus bersatu demi perpaduan parti kita," kata Mohd Jidin.

Awal pagi semalam, Ahmad dan Ghazali mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pada Isnin, Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif, yang juga Adun Seberang Takir, mengambil alih jawatan itu daripada beliau.

Sumber: mstar.com.my

Tuesday, May 13, 2014

Terkini: Adun Keluar Umno di Terengganu

2014/05/13 - 10:49:51 AM KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari UMNO mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, kata penasihat undang-undang negeri Datuk Azhar Abdul Hamid.

Beliau berkata walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 ahli dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3. 


Tiga wakil rakyat yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO ialah bekas menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif semalam, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Azhar ketika dihubungi BERNAMA, berkata speaker DUN turut dikira bersama 14 ADUN BN yang masih tinggal dan dengan itu kerajaan BN masih kekal memerintah negeri ini.

Selepas Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar semalam, ADUN Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu, malam tadi. - BERNAMA


--------------------------------------------------------

Ahmad Said

Ghazali Taib

Roslee Daud

PETALING JAYA: Seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno, menjadikan jumlahnya tiga orang setakat pagi Selasa.

Terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan berbuat demikian, hanya beberapa jam selepas dua pemimpin negeri itu mengumumkan keluar parti.

Roslee mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dan Adun Ajil, Ghazali Taib yang mengambil keputusan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dengan perkembangan terbaharu ini, BN kini menguasai 14 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, begitu juga PAS sebanyak 14 kerusi, satu mewakili Parti Keadilan Rakyat  (PKR) dan  Bebas (3).

Terdahulu pada petang Isnin, Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, manakala penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Adun Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, malam Isnin.




Sumber: mstar.com.my, astro awani, google image

Monday, May 12, 2014

KL Dilanda Banjir Kilat

Kuala Lumpur 12-Mei: Berikut merupakan himpunan gambar-gambar kejadian banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur tengah hari tadi.








Sumber: Google Image

Si kembar lahir berpegang tangan

Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.
OHIO – AMERIKA SYARIKAT - Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  

Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

Sumber: sinarharian.com.my

Erin Malek & Redha Juara Fear Factor Malaysia 2

Erin dan Redha berjaya bergelar juara Fear Factor Malaysia Musim Kedua. Foto RICKY LAI.
KUALA LUMPUR: Pelakon Erin Malek dan pasangannya Redha diumumkan sebagai juara program Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) selepas berjaya menewaskan tiga lagi kumpulan pada peringkat akhir program itu.

Kemenangan itu melayakkan Erin dan Redha membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di Restoran Picknik, Publika di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Malaysia 2 yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada malam Ahad.

Erin ketika ditemui berkata, sokongan ibu bapa dan rakan-rakan merupakan pencetus kepada kejayaannya ketika menepuh pelbagai dugaan sepanjang berada dalam pertandingan ini.

Jelasnya, cabaran, dugaan dan kesakitan yang dilalui membuatkan mereka lebih yakin dan tahan lasak dari segi fizikal dan mental.

"Jujurnya saya merasakan akan tersingkir di peringkat awal tetapi apabila program itu memasuki fasa selanjutnya, kekuatan itu datang dan pasangan saya banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang ujian yang kami lalui," katanya.


Antara peserta Fear Factor Malaysia Musim Kedua yang hadir pada majlis tayangan episod kemuncak program itu yang diadakan di Restoran Picknik, Publika pada malam Ahad.
Sementara itu, Redha berkata, kekuatan kumpulannya adalah persefahaman dan komunikasi antara ahli yang membuatkan mereka sentiasa fokus dalam pertandingan.

"Semua cabaran yang diberikan nampak mudah tetapi sebenarnya susah dan meskipun Erin nampak lemah tetapi sebenarnya dia kuat semangat dan mampu melepasi semua cabaran, ujarnya.

Ketika ditanya mengenai perancangan terhadap wang kemenangan, kedua-dua mereka berhasrat membantu keluarga masing-masing.

Pada peringkat akhir itu, turut menyaksikan persaingan hebat di antara kumpulan A iaitu Nas-T dan Khairul manakala kumpulan B disertai oleh Azura-Rachel serta Shuib-Zakaria.

Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).

Manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan bersiaran setiap Isnin, pukul 9.00 malam.




Sumber: mstar.com.my

Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan


EKSKLUSIF PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu mStar Online,  sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun.

Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.

Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara.

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," katanya.

Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.

"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

"Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya.

Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Sumber: mstar.com.my

Abd Razif Dilantik MB Terengganu Baharu

Razif Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.

"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.

Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.

Sumber: mstar.com.my

Ahmad Said Letak Jawatan

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini.

Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman (gambar bawah).


Majlis angkat sumpah dijangka berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah di sini.

Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.

BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber: mstar.com.my

Saturday, May 10, 2014

Pelajar SPM 2013 Boleh Semak Status Ke IPTA Dan Politeknik Hari Ini


KUALA LUMPUR: Status permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai tengah hari esok.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata status boleh disemak melalui talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, Talian Am 03-88706755/6766, Laman Web http://upu.moe.gov.my; https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my ataupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888.

"Pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (JPP) mulai 11 Mei ini (Ahad)," kata kenyataan tersebut.

URL surat tawaran mengikut IPTA adalah seperti berikut:

Universiti Malaya (UM): http://kemasukan.um.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran

Universiti Putra Malaysia (UPM): http://www.smp.upm.edu.my/tawaran

Universiti Teknologi Malaysia (UTM): https://jpt.utm.my

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): http:www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran.html

Universiti Malaysia Sarawak (Unimas): http://www.unimas.my/kemasukan/tawaran

Universiti Malaysia Sabah (UMS): http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI): http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): http://etasjil.usim.edu.my

Universiti Teknologi Mara (UiTM): http://www.online.uitm.edu.my/

Universiti Malaysia Terengganu (UMT): http://intake.umt.edu.my/tawaran

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM): http://www.utem.edu.my/kemasukan

Universiti Malaysia Pahang (UMP): http://www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran

Universiti Malaysia Perlis: http://offer.unimap.edu.my

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): http://www.unisza.edu.my/tawaran

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM):http://upnm.edu.my/kemasukan/tawaran

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP): http://www.politeknik.edu.my

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA atau Politeknik Premier sebelum atau pada 17 Mei ini dan ia boleh dibuat melalui laman web rasmi IPTA atau JPP seperti di atas.

Menurut kenyataan itu, bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke IPTA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke IPTA atau Politeknik Premier adalah terhad.

"Dasar KPM tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau Politeknik Premier atau antara IPTA atau Politeknik Premier.

"Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad," katanya.

Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dan Politeknik Premier, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan yang akan dibuka mulai 16 Mei setelah keputusan kemasukan ke Politeknik Konvesional/METrO dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
diumumkan.

Permohonan e-Rayuan perlu dikemukakan melalui laman web rasmi kemasukan di http://upu.moe.gov.my dan tarikh tutupnya ialah pada 26 Mei.

"Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

"Keputusan rayuan pula akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun dan jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier di bangunan KPM di Putrajaya mulai 12 Mei hingga 26 Mei pukul 9.30 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Kemudahan hotline dan helpline turut disediakan untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon yang boleh dihubungi melalui talian 03-88706767 dan 03-88706777.


Sumber: mstar.com.my

Caj tambahan di KLIA2

Aireen (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani di KLIA2, semalam. Foto oleh AZMI ARYANTO
SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd menegaskan syarikat itu perlu mengenakan yuran daftar masuk sebanyak RM3 kepada semua penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, caj itu dikenakan kerana sistem daftar masuk di KLIA2 ialah sistem milik lapangan terbang.

"Berbanding ketika di LCCT, kami gunakan sistem sendiri. Jadi kami tiada pilihan selain mengenakan caj itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kempen #noweveryonecanfly AirAsia dan AirAsia X di pejabat sementara AirAsia di KLIA2, semalam.

Laman web AskAirAsia turut menjelaskan yuran itu bagi mengimbangi caj  mandatori ke atas syarikat penerbangan untuk kemudahan di KLIA2 seperti sistem daftar masuk SITA dan aerobridge yang dikenakan pihak berkuasa lapangan terbang.

Pengendali KLIA2, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semalam dalam satu kenyataan sebelum itu memaklumkan menerima pertanyaan orang ramai berhubung caj RM3 dilabelkan sebagai 'yuran KLIA2' dalam harga tiket AirAsia.

"Kami telah meminta AirAsia menjelaskan caj tambahan RM3 ini kerana tidak ada caj seperti itu dikenakan oleh lapangan terbang ini," menurut MAHB.

Sementara itu, Aireen berkata, AirAsia akan memastikan pengurusan dan operasi syarikat itu lebih produktif bagi meminimumkan kos operasi di KLIA2.

"Operasi di KLIA2 lebih besar berbanding di LCCT sebelum ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan operasi lebih produktif bagi mengelak sebarang caj tambahan dikenakan kepada penumpang kelak,” katanya.

Beliau berkata, memasuki hari kedua operasi AirAsia di KLIA2, segala urusan penerbangan berjalan lancar kecuali beberapa masalah kecil yang berpunca daripada kekeliruan.

AirAsia memulakan operasi secara rasmi di KLIA2 semalam selepas beroperasi selama lapan tahun di LCCT.


Sumber: sinarharian.com.my

Friday, May 9, 2014

Proton Preve, Suprima S Bertaraf Lima Bintang

KUALA LUMPUR: Proton Preve dan Proton Suprima S dianugerahkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Pengumuman tentang anugerah itu dibuat oleh NCAP Asean pada Pelancaran Keputusan Fasa III 2014 di Melaka, yang juga diadakan sempena Forum NCAP Global 2014, Melbourne, Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata usaha Proton untuk mengubah tanggapan orang ramai tentang jenama dan kualiti kereta Proton kini terbukti dan diperkukuh selanjut oleh pencapaian terbaharu ini.

"Kami amat berbangga dan berbesar hati menerima perakuan sedemikian tentang produk jenama kami. Seperti yang kami pernah ulangi berkali-kali, model-model kami bukan sahaja mampu milik, malah lebih penting lagi kami mahu pelanggan kami tahu produk kami berkualiti dan bertaraf antarabangsa," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Abdul Harith juga berkata, daripada 12 kereta yang diuji bagi piawaian keselamatan NCAP ASEAN semasa Fasa III itu, Proton memberi saingan hebat dan mendapat tempat kedua.

"Kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan pelanggan kami ketika memandu kereta Proton sentiasa menjadi keutamaan teratas kami. Jadi, apabila Proton Preve dan Proton Suprima S dibina, kami mencabar diri sendiri untuk menghasilkan kereta yang tinggi piawaian keselamatannya," katanya. 


Sumber: mstar.com.my

Penerbangan AirAsia pertama mendarat di KLIA2

KUALA LUMPUR - AirAsia dengan rasminya menandakan kehadirannya di lapangan terbang baharu, KLIA2, dengan ketibaan penerbangannya dari Bandaraya Ho Chi Minh.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata Flight AK 539 tiba pada jam 3.40 petang dan telah disambut oleh Pengerusi Eksekutif Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar.

KLIA2, terminal khas terbesar di dunia bagi penerbangan kos rendah (LCC) dengan kapasiti untuk menampung hingga 45 juta penumpang setahun, memulakan operasinya pada 2 Mei.

AirAsia berkata 3,550 daripada kakitangan operasinya dan 70 pesawat (AirAsia dengan 54 pesawat Airbus A320 dan AirAsia X dengan 16 pesawat Airbus A330) akan berpangkalan di lapangan terbang baharu itu mulai esok.

Syarikat itu beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Malaysia Airports Holdings Berhad berkata perpindahan penerbangan AirAsia ke KLIA2 telah bermula lancar dengan ketibaan dua penerbangan antarabangsa dan dua penerbangan domestik setakat jam 5 petang hari ini.

Sebelum itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasinya, Datuk Azmi Murad, juga hadir di klia2 untuk menyambut Penerbangan Flight AK 539 AirAsia. - Bernama