Pages

Friday, January 31, 2014

10 Patung Lilin i-City Cair Terbakar


SHAH ALAM : Lebih 10 patung lilin yang mempamerkan figura terkenal di muzium lilin The Red Carpet, i-City di sini terbakar dipercayai akibat perbuatan sabotaj kira-kira pukul 2.37 pagi semalam.

Kebakaran di ruang pameran berkeluasan 126 meter persegi itu, menyebabkan taman tema digital tersebut mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Pengurus maklumat I Berhad, Tan Soke Cheng berkata, api tidak merebak terlalu besar dan berjaya dipadamkan pihak bomba pada pukul 3.31 pagi.

Sumber: Kosmo

Menurut siaran Bulletin Utama pada 2 Feb 2014, perbuatan khianat tersebut telah berjaya dirakam CCTV. 3 lelaki disyaki terlibat dalam kebakaran tersebut.

Artikel Berkaitan
CCTV kesan 3 disyaki bakar 10 patung lilin I-City 

Urusniaga Maybank2U termasuk ATM tiada ganguan


Maybank hari ini mengesahkan tiada gangguan perkhidmatan ATM dan Maybank2u pada cuti Tahun Baru Cina 2014.

"Dear valued customers,
We confirm that all our banking systems including ATM and Maybank2u are working normally during this holiday period.  Happy holidays everyone."

Sumber: Maybank2u

Artikel Berkaitan

Harga Kedai Mamak Yang Benar-Benar ‘Menginsafkan’


Harga Kedai Mamak Yang Benar-Benar ‘Menginsafkan’ - Rasanya semua orang dah tahu harga makanan di kedai mamak agak mahal tapi ramai yang tidak kisah terutama mereka yang menggemari masakan berkari.

Tapi nampaknya, bila harga bil makanan untuk tiga orang mencecah lebih RM200, ia dipos di laman sosial untuk berkongsi perasaan terkejut pelanggan terlibat.

Berdasarkan komen pembaca, ramai yang tidak menyangka restoran mamak terkenal tersebut mengenakan caj semahal itu namun tak kurang juga yang menyatakan ia adalah harga biasa jika dilihat pada lauk yang diambil.



Ini bukan kali pertama bil makan di restoran mamak dikongsikan di laman sosial oleh pelanggan yang terbeliak biji mata selepas melihat harga yang perlu dibayar untuk makanan mereka.

Apa pun, senang cerita ukurlah baju di badan sendiri.

Kalau rasa-rasa dah hujung bulan dan duit dalam poket tak seberapa jangan cuba-cuba nak makan nasi campur dekat mamak lepas itu ambil lauk tak ingat dunia, okey?

Sumber: MyNewsHub

Dua Pemandu Samseng Berlumba Di PLUS


INILAH dua orang pemandu yang bebal yang merupakan antara penyebab kemalangan jalan raya di negara ini kerana berlumba kerana nafsu.

Maklumlah, duit banyak dihabiskan untuk mempertingkatkan prestasi kereta. Bila dah berada di jalan raya terutamanya di lebuh raya, rugi kalau prestasi sebenar enjin tidak dicuba dengan berlumba dengan pemandu lain.

Video berkenaan di saluran YouTube Gadis Proton Turbo menunjukkan dua kereta iaitu Nissan GTR berlumba dengan sebuah kereta Proton Wira yang sudah pun diubahsuai.

Lihat sahaja gelagat liar dua samseng jalan raya ini menjadikan Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) seperti jalan milik keluarga mereka.

Pemandu di hadapan pada permulaan video memandu kereta Nissan GTR manakala pemandu di belakangnya menaiki kereta Proton Wira.

Video itu dimuatnaik pada 27 Januari lepas, dan kebanyakan komen diterima mengecam kedua-dua pemandu tidak berhati perut itu.

Tidak kira dengan memotong di laluan kecemasan dan membuat pergerakan silang secara berbahaya sebegitu, kedua-dua mereka ini sepatutnya bersyukur kerana masih hidup walaupun memandu secara berbahaya sebegitu.

Sumber: Mynewshub

Budak Perempuan Tujuh Tahun Mati Dikelar Bapa Kandung

BANGI, 30 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, Khamis.




Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu;

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.



"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.

Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.

Sumber: Bernama, Forum Cari.com.my

Artikel Berkaitan
Mangsa lari ke rumah saya