Pages

Saturday, February 1, 2014

Piala FA 2014 Gelora di Larkin JDT lwn T-Team


Perlawanan diantara JDT dengan T-Team telah ditangguhkan apabila pasukan T-Team tidak memasukki padang di separuh masa ke-2. FAM akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat samada perlawanan tersebut ditangguh dan diadakan semula atau memberi kemenangan percuma kepada JDT.

Menurut pegawai perlawanan, sejurus berakhirnya separuh masa pertama telah berlaku pertelingkahan antara jurulatih JDT dengan Jurulatih kecergasan T-team. Situasi ini berlarutan sehingga melibatkan pemain-pemain didalam terowong ke bilik persalinan.

Keputusan separuh masa pertama JDT mendahului T-Team 2-1.

Sementara itu, Pahang berjaya layak ke suku akhir Piala FA setelah berjaya mengalahkan LionsXII 2-1 di Stadium Jalan Besar.

Artikel Berkaitan:
PBNJ sedia beri kerjasama
JDT lwn T-Team - FAM diminta tidak berat sebelah
PBNJ tidak puas hati
PBSNT kecewa insiden di Larkin

Chef Wan - 'Nasi Lemak MAS Macam Telanjang'

SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?

Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.


Chef Wan - 'Nasi Lemak MAS Macam Telanjang'

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Chef Wan - 'Nasi Lemak MAS Macam Telanjang'

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. 

This Sad looking Nasi Lemak from MAS for sarapan sungguh memeranjat kan.. The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. 

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. 

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? 

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.

Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…

Sumber: MyNewsHub

Artikel Berkaitan:
Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan
Nasi Lemak Malaysia Airlines: Dulu dan sekarang

Mangsa lari ke rumah saya

BANGI - “Salah seorang mangsa (anak suspek) yang cedera lari dan masuk ke dalam rumah saya,” kata salah seorang jiran menceritakan detik kejadian itu.

Jiran yang enggan dikenali itu berkata, melihat mangsa berumur 12 tahun itu cedera serta berlumuran darah, dia meminta isterinya membawa mangsa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

Lelaki yang berumur lingkungan 70-an itu berkata, beliau meminta tiga orang jirannya mengangkat mangsa masuk ke dalam kereta sebelum dibawa ke hospital.

Menurutnya, sejurus selepas itu, dia hendak ke rumah suspek namun dihalang jiran yang mengatakan suspek berada di rumahnya sambil memegang parang.



Seorang lagi jiran yang enggan dikenali berkata, keluarga suspek dikenali oleh penduduk setempat sebagai orang baik-baik dan alim.

“Mereka selalu solat berjemaah hampir setiap waktu di surau berdekatan rumah mereka,” katanya.

Namun, beliau berkata, setiap kali solat jemaah, suspek bersama tiga anak lelakinya tidak akan solat bersebelahan jika mereka berjemaah.

“Sekiranya suspek berada di tengah saf, ketiga-tiga anak lelakinya mungkin berada di sebelah kiri atau kanan saf tersebut,” katanya ketika ditemui di rumah suspek di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Ditanya adakah suspek mempunyai masalah keluarga dengan anak-anaknya, lelaki berumur lingkungan 20-an itu menepis dakwaan sambil mengatakan suspek rapat dengan salah seorang anak perempuannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, semua mangsa berada dalam keadaan stabil di Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, ibu jari tangan kiri mangsa berumur 10 tahun itu putus dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang.

“Seorang lagi mangsa berumur 12 tahun mengalami kecederaan di belakang tengkuk dan sedang dirawat di HKL,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, semalam.

Menurut Ab Rashid, suspek kini dirawat di bawah pengawasan polis di Hospital Kajang.

Polis juga sedang menunggu laporan hospital sama ada suspek mengalami masalah mental atau tidak.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod masalah mental dan dia direman selama seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan.

Cubaan wartawan untuk mendapat penjelasan daripada keluarga mangsa gagal kerana keluarganya enggan ditemubual serta mengelak untuk bertemu pihak media.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, kira-kira jam 3 petang semalam disaksikan keluarga serta jiran terdekat mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan
Budak Perempuan Tujuh Tahun Mati Dikelar Bapa Kandung