ADUN
Sungai Udang Datuk Idris Haron mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri
Melaka Ke-10 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil
Yaakob di Pejabat Yang Dipertua Negeri di Ayer Keroh, Melaka pada
Selasa.Turut kelihatan mantan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam
(kiri) bersama isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman (dua, kiri).-Foto
BERNAMAIdris yang juga Ketua Umno Tangga Batu, menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bertanding dan tewas di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pada PRU-13, Idris menewaskan calon PKR, Asri Buang di Sungai Udang dengan majoriti 9,131 undi.
Idris yang genap 47 tahun pada 13 Mei ini, adalah lulusan University of Texas, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad hingga hari ini.
sumber: mstar.com.my
Sil
No comments:
Post a Comment