Pages

Monday, July 22, 2013

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah

Komen Admin: Moga Ashraf dapat melayari dua bahtera dengan sebaik-baiknya. Ustaz Azhar Idrus boleh membantu..

Sebuah portal hiburan telah memaparkan gambar dimana pernikahan antara Ashraf Muslim dan Wan Sakinah berlangsung. Ashraf yang mengenakan baju Melayu berwarba krim coklat bersama Wan Sakinah mengenakan busana berwarna coklat dilihat sedang menyarung cincin. Kedua-dua pasangan dilihat begitu bergembira sekali

 

Friday, July 19, 2013

Ashraf Muslim Mengaku Nikah Kali Kedua

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu diberitahu pelakon dan pengamal perubatan Islam, Mohd. Ashraf Muslim, 32, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.

Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada pagi Rabu selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.

Pengesahan itu membuktikan khabar angin mengenai hubungan Ashraf dengan individu tersebut adalah benar walaupun pelakon itu pernah menafikan hubungan mereka sebelum ini.

Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 26, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawansga di sini.

Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat.

Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.

Posting dari FB Dayana
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...
mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...


 sumber: carigold

 

Wednesday, July 17, 2013

Alvin dan Vivian Hina Islam

SINAR HARIAN KABURKAN WAJAH ALVIN DAN VIVIAN SEDANGKAN NAMA MEREKA DICETAK JELAS

 


Saya tertanya-tanya berhubung tindakan  Sinar Harian mengkaburkan wajah Alvin dan Vivian di akhbar terbabit. Jika berasa gentar disaman oleh pasangan kekasih itu mengapakah pula nama SEBENAR  mereka disiarkan secara jelas?  

Apakah motifnya?

Klik di sini.

Mungkin Sinar Harian menganggap Alvin dan Vivian pemalu :)

Ya, pemalulah sangat.


Pagi tadi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, SKMM menyiasat tindakan Alvin dan Vivian mengenai kes, klik di sini.



Gambar : The Star

Selepas akaun facebook mereka ditutup, pasangan  terbabit  menjadikan twitter medan untuk meluahkan ketidakpuasan hati sekaligus memperlekehkan  umat Islam.


Manakala Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dilaporkan SEDANG  mempertimbangkan samada akan mengambil tindakan terhadap Alvin dan Vivian atau tidak.

Wednesday, June 19, 2013

KLIA2

Komen Admin: Berapa agaknya kontraktor utama akan menanggung kesan dari LAD 200k sehari.

KLIA2 Siap 30 April Tahun Depan, Beroperasi 2 Mei
 
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan pembukaan klia2 untuk beroperasi pada 2 Mei tahun depan berikutan tarikh siap yang dipinda kepada 30 April oleh kontraktor.

Terminal kos rendah itu sepatutnya dibuka pada 28 Jun tahun ini selepas beberapa penundaan tarikh akhir sebelum ini.

MAHB juga sebelum ini mengumumkan bahawa kontraktor lapangan terbang itu memohon tempoh untuk memberikan tarikh pindaan baharu untuk penyiapannya.

Dalam satu kenyataan, pengendali lapangan terbang itu berkata UEMC-Bina Puri JV, kontraktor bagi bangunan terminal itu, telah hari ini mengesahkan 30

April, 2014 sebagai tarikh baharu penyiapan klia2

Ini termasuk mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT) menurut obligasi berkontrak.

MAHB berkata ia akan terus memantau kerja yang dijalankan oleh semua kontraktor dan Ganti Rugi Tertentu (LAD) dikenakan menurut obligasi berkontrak masing-masing.

Dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan dan kualiti, kontraktor perlu memastikan penyiapan bangunan terminal klia2 mematuhi semua piawaian keselamatan seperti yang dikehendaki oleh pengawal selia dan MAHB.

MAHB pada Isnin mengumumkan UEMC-Bina Puri JV akan dikenakan LAD harian sebanyak RM199,445.40 sehari, sebagai kontraktor bangunan terminal utama klia2, bermula Ahad.

MAHB juga berkata ia telah mengeluarkan perakuan tidak siap kepada UEMC-Bina Puri JV atas kegagalannya menyiapkan kerja menjelang tarikh akhir kelulusan pada 15 Jun, 2013. - BERNAMA

Tuesday, June 18, 2013

Laluan Motosikal

Komen AdminTerima kasih pak menteri. Harapan admin ia tak berakhir setakat ini sahaja. Mesti ada follow-up baru rakyat nampak kata dikota. Bukan sekadar untuk memberi promosi untuk menteri. Ingatlah, rakyat semakin ramai yang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja. Cepat, murah dan kurang tekanan.

Skuad Khas Tangani Masalah Jenayah, Vandalisme Di Laluan Motosikal

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa menyarankan satu skuad khas dibentuk bagi menangani masalah jenayah dan vandalisme di laluan motosikal.
Beliau berkata skuad tersebut boleh membabitkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Bagaimanapun, beliau tidak menghurai lanjut mengenai perkara itu.
Hasil tinjauan di laluan motosikal di sini, Hishammuddin berkata beliau melihat banyak kemudahan asas seperti lampu dan pembahagi jalan rosak selain jenayah samun yang mengancam keselamatan penunggang motosikal terutama pada waktu malam.
"Saya difahamkan penghadang jalan.. 'wiring'..(pun boleh) hilang (akibat) budaya Vandalisme dan kecurian," katanya kepada pemberita selepas meninjau lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan, di sini.
Melalui tinjauan itu juga, katanya, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan antaranya menambah baik laluan dan tebing cerun, menyelenggara rumah pam di terowong dan kawasan yang ditakungi air serta menyelenggara lampu jalan di lorong motosikal. - BERNAMA