Pages

Wednesday, September 24, 2014

Perodua Axia Dilancar


Perodua telah melancarkan, model kesepuluhnya Axia yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur. Axia adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia mampu memberi penjimatan petrol 21.6km per liter untuk transmisi manual dan 20.1km per liter untuk transmisi automatik. Empat varian ditawarkan sebagai pilihan iaitu Standard E (MT), Standard G (MT/AT), Special Edition (MT/AT) dan Advance (AT).

Empat teras utama Axia iaitu mesra alam, ruang yang lebih luas, pemanduan mudah dan lebih ekonomikal. Kesemua elemen ini juga akan menjadi penanda aras model Perodua pada masa akan datang. Berkongsi platform bersama Daihatsu Ayla/Toyota Agya di Indonesia, rekabentuk luaran atau upper body Axia adalah hasil idea pereka tempatan termasuk rekaan dalamannya.

Axia buat pertama kalinya menggunakan enjin generasi baharu, 1KR-DE2 1.0 liter tiga-silinder 12-injap DOHC yang mampu menghasilkan 66 hp pada 6,000 rpm dan daya kilasan 90 Nm pada 3,600 rpm. Axia juga menggunakan transmisi automatik empat-kelajuan baharu, yang pertama seumpanya bagi model Perodua generasi baharu. Perodua menyarankan penggunaan minyak enjin sintetik-penuh (0W-20 API SN) untuk mendapat kecekapan penggunaan bahan api selain mengoptimumkan prestasinya.

Ditawarkan dengan beberapa pilihan warna yang menarik termasuk dua warna baharu untuk varian Standard E dan G iaitu Lemongrass Green dan Cherry Blossom. Untuk varian SE dan Advance pula dua warna baharunya ialah Lava Red dan Sunflower Yellow, selain Midnight Blue, Ebony Black, Glittering Silver dan Ivory White.

Paling mengejutkan Perodua telah mengurangkan lagi harga Axia dari harga tentatif sebelum ini dengan perbezaan antara RM300 hingga RM2,7701. Pastinya pengurangan harga tersebut bakal merancakkan lagi jualannya. Kini harga rasmi bagi Axia ialah seperti berikut :- Standard E (Manual) : RM24,600 (Solid)/RM25,000 (Metalik), Standard G (Manual) : RM29,800 (Solid)/RM30,200 (Metalik), Standard G (Auto) : RM32,800 (Solid)/RM33,200 (Metalik), SE (Manual) : RM36,800 (Solid)/RM37,200 (Metalik), SE (Auto) : RM30,800 (Solid)/RM40,200 (Metalik), Advance (Auto) : RM42,130 (Solid)/RM42,530 (Metalik).

Sempena pelancarannya juga, Perodua turut mengumumkan tempoh jaminan baharu bagi Axia iaitu lima tahun dan ia juga terpakai untuk model Myvi dan Alza. Pakej servis percuma selama tiga tahun sebelum ini bagaimanapun telah ditamatkan berkuatkuasa serta-merta. Jom kita ke bilik pameran Perodua untuk melihat model ini dengan lebih dekat serta memandu ujinya, esok kan cuti Hari Malaysia. ;)

* Perodua memberitahu jumlah tempahan kini mencecah 13,500 unit dan tempoh untuk menunggu adalah satu setengah bulan atau dua bulan maksimum. Syabas Perodua!



4 Bintang dari ASEAN NCAP bagi kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 12.91/16 dan juga kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) - 71%


Sumber: Funtasticko

Bagaimana Buat Promosi di Facebook Tanpa Keluar Duit Untuk Iklan? Sila Klik.. 

No comments:

Post a Comment