Pages

Monday, June 30, 2014

Bapa mangsa cubaan culik kesal

Man (kiri) dan anaknya, Siti menunjukkan tempat van tersebut diletakkan kepada wartawan Sinar Harian.
“SAYA tidak mahu kejadian yang menimpa anak perempuan saya berulang kepada kanak-kanak yang lain dan mahu ibu bapa supaya berjaga-jaga dengan kes culik tersebut," demikian luahan bapa kepada mangsa kes cubaan culik di Bestari Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 36.

Man yang kecewa apabila tindakannya menyebarkan maklumat mengenai kes cubaan culik anaknya dalam laman sosial Facebook didakwa mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakannya itu hanya bertujuan memberi peringatan kepada ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak supaya tidak menjadi mangsa kepada penculik sama yang tidak berhati perut.

“Selepas saya memuat naik status tersebut, saya dapat panggilan memberitahu status itu telah menjadi ‘viral’. Status itu juga dikatakan mengganggu siasatan polis.

“Menurut polis, kemungkinan untuk buat tangkapan dah berkurang kerana apabila penjenayah dah tahu yang kita ambil langkah berjaga-jaga, mereka akan melarikan diri. Kita buat perkara tersebut (sebar status) untuk elak anak-anak orang lain jadi mangsa dan umpan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mendengar kata-kata ingatan itu, Man tidak berasa hairan jika kes culik sebegini dipandang sepi sehingga penculik berani mengulangi perbuatan itu tanpa rasa takut.


Man dan keluarga yang tinggal di Kampung Bukit Tagar, 40 kilometer dari kawasan kejadian terpaksa menghantar anaknya ke sekolah di Bestari Jaya kerana tempat tinggalnya hanya mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Dalam masa sama, Man turut membawa wartawan Sinar Harian ke lokasi kejadian yang hanya 300 meter dari rumah nenek saudaranya, tempat anaknya tinggal seketika sebelum pulang ke rumah di Bukit Tagar pada sebelah malam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tersebut hanya dikelilingi pokok-pokok besar selain keadaannya yang sunyi, dan jika ada perkara-perkara seperti merompak atau culik, ia sukar disedari penduduk sekitar.

Kawasan tersebut merupakan laluan harian anaknya untuk ke sekolah. Anaknya terpaksa berjalan sejauh 200 meter untuk ke tempat menunggu van.

Terdapat juga sebuah taman permainan dan balai raya di kiri jalan tersebut yang dilihat terbiar.

Menurut Man, keadaan tersebut agak sunyi dan lengang daripada kenderaan mahupun laluan orang. Kawasan itu hanya sibuk pada waktu petang apabila beberapa anak muda beriadah di gelanggang berhampiran balai raya.

Mengimbas kembali hari kejadian, Man tidak menyangka kejadian tersebut menimpa anaknya.

"Saya sedang bekerja pada waktu itu mendapat panggilan daripada anak saya memberitahu hal berkenaan.

"Katanya, dia hampir diculik empat lelaki yang menaiki sebuah van. Mujur ada yang menyelamatkan anak saya, selepas gagal, empat lelaki tersebut bertindak melarikan diri menggunakan van yang di letakkan berhampiran kawasan tersebut,” katanya.

Terkejut dengan perkara itu, Man bergegas ke Balai Polis Bestari Jaya untuk membuat laporan.

Pihak sekolah tersebut turut mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kejadian sama berulang selain pihak polis yang turut melakukan rondaan secara kerap di kawasan kejadian.

Leher diacu pisau potong sayur

TIADA siapa mahu kejadian seumpama ini berlaku pada diri atau ahli keluarga. Namun bagi kanak-kanak ini, kejadian hampir diculik merupakan pengalaman ngeri untuknya.

Sedia berkongsi cerita, Siti (bukan nama sebenar), 10, berharap di sebalik kisah pahit ini akan ada satu kekuatan untuknya menempuh kehidupan mendatang.

Siti sudah biasa pulang dari sekolah pada jam 1.50 petang setiap hari. Dia akan berjalan kaki melalui ‘jalan pintas’ menuju ke rumah nenek saudaranya.

Bagi Siti, sejak dahulu, rumah nenek saudaranya adalah tempat singgah untuknya bersiap untuk ke sekolah agama pula pada waktu petang. Siti dan abangnya hanya akan dijemput bapa mereka pada waktu malam.

Rutin harian Siti tidak pernah berubah. Berjalan kaki sejauh 200 meter bersama abangnya berusia 12 tahun menyusur jalan sunyi sudah dianggap biasa baginya.

Namun, siapa sangka pada hari kejadian, Siti yang seorang diri selepas abangnya tidak sihat, nyaris diculik dan apa yang lebih menyedihkan, penculik sanggup meletakkan pisau di leher seorang budak perempuan yang sememangnya tidak terdaya untuk melawan.

“Semasa saya berjalan pulang, ada empat orang lelaki jalan senyap-senyap belakang saya dan cuba menghampiri saya.

“Kemudian salah seorang tutup mulut saya, seorang lagi letak pisau kat leher saya dan cuba mengheret saya masuk ke dalam van putih. Saya nak jerit dan nak lepaskan diri tapi tidak boleh, mereka kuat sangat,” katanya.

Katanya, walaupun tahu tidak mampu, dia tetap melawan dan cuba melepaskan diri.

"Nasib saya baik, sebab ada dua abang sekolah menengah (pelajar tingkatan empat) lalu jalan itu dan menyergah lelaki tersebut.

"Lepas kena sergah, mereka lepaskan saya dan terus naik van putih  yang diletakkan hujung jalan," katanya.

Man berkata, anaknya terpaksa berjalan seorang diri pulang ke rumah kerana abangnya yang berusia 12 tahun kurang sihat dan tidak dapat menemaninya ke sekolah.

“Pada kebiasaannya, dia akan ditemani abangnya pergi dan balik dari sekolah kerana abangnya turut bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi pada hari kejadian, abangnya tidak sihat.

"Ketika kejadian, anak saya baru sahaja selesai sekolah pada sesi pagi dan dalam perjalanan pulang ke rumah nenek saudaranya untuk bersiap sebelum hadir ke kelas agama petang,” katanya.

Katanya lagi, selepas kejadian tersebut, anaknya mengalami trauma yang agak teruk dan dia terpaksa menghantar dan menemaninya ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

"Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya tidak pasti nasib anak saya jika diculik kumpulan penjenayah tersebut," katanya. - sinarharian.com.my

Dayana Dan Sakinah Tidur Sekatil, Ashraf Tidur Ruang Tamu?


Hah, biar betul Ashraff Muslim dibiarkan tidur di ruang tamu sementara kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi tidur sekatil.

Hah, macam tak percaya kan, tapi perkara ini memang benar-benar berlaku bak kata keluarga bahagia ini.

Ini kerana menurut Dayana, walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, namun apabila dirinya datang berehat ke rumah Sakinah, dia dan madunya itu serta anak tirinya, Sarah akan tidur sebilik manakala Ashraf tidur di ruang tamu.

Memetik Harian Metro, Dayana berkata, “walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu”.

Selain itu, Dayan turut mengakui sering keluar membeli-belah bersama Sakinah kerana mereka berdua berkongsi cita rasa yang hampir sama.

“Kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah,” katanya.

Sementara itu, Ashraf juga mengatakan hubungan kedua-dua isterinya kini sudah semakin rapat dan erat seperti rakan baik.

Ashraf juga mengatakan sering membawa keluarganya ke majlis-majlis ilmu untuk menambahkan bekalan agama bersama-sama.

Baguslah begitu kalau Ashraf pandai mengemudi kedua-dua rumah tangganya kerana memang tidak mudah untuk berpoligami.

Harapnya Ashraf akan terus berlaku adil di antara Dayana dan Sakinah dan semoga keharmonian mereka sekeluarga akan kekal sehingga hujung nyawa. – MYNEWSHUB.MY

Tuesday, May 27, 2014

Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Dengan Erra


Baru saja nama Erra Fazira menjadi bualan hangat kerana dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, terbaru hari ini bekas suami Erra, Engku Emran berkongsi gambarnya keluar bersama-sama Erra, anak mereka, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka.

Sebelum ini, memang peminat Erra sudah sedia maklum yang Emran kini sedang dalam misi cuba memujuk semula bekas isterinya supaya kembali kepangkuannya.

Ada peminat menyokong, namun tak kurang juga ada peminat yang tidak berapa menyukai tindakan Emran yang berusaha sedaya upaya memberitahu perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan para pengikutnya.

Oh rupa-rupanya mereka keluar bersama untuk menemani anak tunggal mereka yang comel itu untuk mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu.

Kita doa-doakan sahaja yang terbaik untuk keluarga kecil ini ya! - MYNEWSHUB.MY



Pemenang RM1 Juta Al-Awfar Tak Dapat Tidur Malam

Pemenang Al-Awfar anjuran Bank Islam. Dari kiri Idayu Idris, Mohd Idrus Ibrahim dan Mohd Hafiz Abd Khalid. -Foto ART CHEN/THESTAR.
PETALING JAYA - 27 Mei: Memperolehi  wang berjumlah RM1 juta pada usia muda pasti tidak pernah terjangkau dek fikiran. Namun itulah yang berlaku kepada tiga pemenang cabutan pemegang akaun Al-Awfar anjuran Bank Islam yang diumumkan pada Selasa.

Menurut salah seorang pemenang, Idayu Idris,35, dia membuka akaun Al-Awfar bertujuan menyimpan duit untuk kegunaan peribadi.

"Saya sendiri tidak tahu pun mengenai cabutan ini. Saya hanya simpan duit hasil perniagaan online, sebagai stokis Double Stem Cell ke dalam akaun Bank Islam.

"Jujurnya, saya tidak pernah menyangka dan pada mulanya pihak Bank Islam tidak dapat menghubungi saya kerana saya telah bertukar nombor telefon. 

"Memang sudah dikatakan rezeki saya, kawan telah memaklumkan nama saya diumumkan sebagai pemenang cabutan Al-Awfar dan saya menghubungi pihak bank dua hari selepas itu," katanya kepada mStar Online pada majlis penyampaian replika cek kepada pemenang cabutan bertuah Al-Awfar di Menara Star pada Selasa.

Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dia merancang untuk terus menyimpan wang yang dimenanginya itu bagi kepentingan anak-anaknya serta menunaikan haji bersama keluarga. 

"Memang saya tak terfikir sebab semua ini datang mengejut. Saya bersyukur kerana selama ini saya hanya menyimpan duit dalam akaun Bank Islam, kerana takut untuk membawa wang tunai terlalu banyak. 

"Saya juga ada menyarankan kawan-kawan agar menyimpan duit di Bank Islam selepas ini. Mana tahu mungkin ada rezeki mereka pula selepas ini," katanya.

Idayu (kiri), Mohd Hafiz (dua kiri), Datuk Seri Zukri dan Mohd Idrus (dua kanan) bersama replika cek masing-masing.
Bagi seorang lagi pemenang, Mohd Hafiz Abd Khalid, 31, dia merancang untuk menyelesaikan pinjaman kewangannya terlebih dahulu. 

"Saya hendak selesaikan hutang kereta dan rumah. Selepas itu saya mahu simpan untuk masa depan anak-anak. Memang ada niat nak pergi haji," katanya. 

Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia membuka akaun Bank Islam di cawangan Pekan untuk membayar pinjaman peribadi dan ansuran rumahnya. 

Hafiz yang juga Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, di TUDM Gong Kedak, itu berkata sejak mendapat panggilan telefon daripada Pengurus Bank Islam cawangan Pekan, dia tidak dapat melelapkan mata.

"Saya memang tidak tahu mengenai kempen anjuran Bank Islam ini. Masa mula dapat berita memang tak percaya bila kawan saya beritahu. Bila saya semak di laman web Bank Islam  saya pun terkejut dan hendak tidur malam pun tak boleh," katanya. 

Pemenang ketiga, Mohd Idrus Ibrahim, 27, berkata dia ingin membawa ibu dan ayahnya menunaikan haji dengan wang yang dimenanginya itu. 

"Saya hendak hantar mak ayah pergi haji. Sehingga hari ini saya masih tak percaya dengan kemenangan yang saya perolehi. 

"Saya juga hendak simpan duit untuk persiapan kahwin saya satu hari nanti," katanya.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.

Di bawah kempen Al-Awfar pengguna perlu menyimpan sebanyak RM1,000 selama empat bulan bermula daripada Januari hingga April 2014. 

Sumber: mstar.com.my

Sunday, May 25, 2014

Keputusan Pemilihan FAM 2014/18

BERIKUT senarai barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM hari ini:
    
Presiden:
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
    
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
    
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
    
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)

- Bernama