Pages

Showing posts with label Sultan. Show all posts
Showing posts with label Sultan. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

Tiada Rancangan Tukar Cuti Hujung Minggu Sedia Ada - MB Johor

Mohamed Khaled meninjau gerai pameran selepas melancarkan MAHA 2014 peringkat negeri Johor di Batu Pahat

BATU PAHAT - 4 April: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menafikan kerajaan negeri itu akan mengubah cuti hujung minggu sedia ada iaitu pada Jumaat dan Sabtu ke hari Sabtu dan Ahad semula.

Ketika ditanya mengenai entri yang tersebar di laman media sosial baru-baru ini mengenai kerajaan negeri itu mungkin menukar cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu yang berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini, Mohamed Khaled berkata, 'tidak ada perkara seperti itu'.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Pertanian, Hortikultur dan Agro-pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 peringkat negeri Johor di Dataran Penggaram di sini Jumaat.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu pada November tahun lalu yang dikuatkuasakan terhadap semua jabatan dan agensi kerajaan tetapi sebagai pilihan kepada sektor swasta.

Pertukaran itu dibuat bagi memudahkan umat Islam di Negeri Johor untuk menunaikan ibadah Solat Jumaat.

Sumber: mstar.com.my

Monday, March 31, 2014

Kadar Tol di Jambatan SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH


30 Mar 2014 - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini mengumumkan bahawa kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac 2014 lalu, akan berkuatkuasa pada 06.00 pagi, 1 April 2014. 

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan jambatan yang menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau. Pembukaan Jambatan ini secara tidak langsung memberi alternatif kepada orang ramai untuk memasuki bahagian pulau menerusi selatan Pulau Pinang. 

Kutipan tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan dilaksanakan secara sistem tol terbuka. 

Kadar tol bagi kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1) adalah sebanyak RM8.50; motosikal (kelas 0), RM1.70; kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2), RM30.50; kenderaan kelas 3, RM70.10; teksi (kelas 4), RM8.50 dan bas (kelas 5), RM26.20.


Klik untuk kenyataan akhbar Lembaga Lebuhraya Malaysia

Sumber: www.llm.gov.my

Thursday, January 23, 2014

Bukan Islam tidak perlu patuh titah Diraja: Perkasa gesa peguam ditahan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menggesa penahanan peguam berhubung kenyataan yang mendakwa  masyarakat bukan Islam tidak perlu patuh kepada mana-mana titah pemerintah negeri atau fatwa yang digariskan Majlis Fatwa Kebangsaan. Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Shamsuddin Moner, berkata tindakan peguam berkenaan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menggesa penahanan peguam berhubung kenyataan yang mendakwa masyarakat bukan Islam tidak perlu patuh kepada mana-mana titah pemerintah negeri atau fatwa yang digariskan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Shamsuddin Moner, berkata tindakan peguam berkenaan menghina ketua negara dan keputusan Mahkamah Rayuan selain mendesak kerakyatan peguam tersebut dilucutkan kerana tidak menghormati titah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.




"Jelas kepada kita bahawa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang di-Pertuan Agong yang berkata kalimah Allah hanya eksklusif kepada kaum Islam sebagai satu bentuk penegasan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

"Ia juga dilihat sebagai salah satu bentuk kawalan pencegahan demi menyelamatkan akidah umat Islam daripada dikelirukan oleh gereja dalam cubaan memurtadkan penganut agama Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahad lalu, Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong bertitah, kalimah Allah merupakan hak eksklusif kepada penganut agama Islam dan penganut agama lain dilarang menggunakan perkataan itu sebagai reaksinya dalam polemik penggunaan kalimah Allah.

Sebagai reaksi kepada titah Diraja itu, peguam berkata Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan negara Islam.

Oleh itu, bukan Islam tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Justeru, titah Yang di-Pertuan Agong dalam isu kalimah Allah bukan hanya atas kapasiti sebagai Ketua Agama Islam tetapi sebagai ketua negara yang patut difahami oleh masyarat negara ini seperti dalam Perlembagaan," kata Shamsuddin.

Katanya, kenyataan peguam itu juga seperti membuat pengisytiharan menderhaka secara terbuka ke atas Yang di-Pertuan Agong sekali gus menghina institusi fatwa yang ditubuhkan oleh majlis raja-raja Melayu.

Pada masa sama, Shamsuddin memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mencabar kesabaran pertubuhan tersebut terutamanya melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

"Sebagai umat Islam yang cintakan keamanan dan perpaduan kaum maka kami ingin beri amaran kepada ekstremis Roman Katolik dan cauvinis Cina di negara ini supaya segera memohon maaf kepada Agong.

"Darah kami sedang membuak-buak dan sedia untuk tumpah di bumi ini demi mendaulatkan Islam dan memartabatkan maruah kaum pribumi," katanya.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan peguam, Edmund Bon sebagai berkata: “Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.”

Pengasas Lawyers for Liberty, Eric Paulsen juga berkata, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.

“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen



Sumber: Malaysian Insider, MSN News 

Artikel Berkaitan
Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata peguam



Wednesday, January 15, 2014

'Sultan Melaka' ditahan


Noor Jan Tuah (tengah) yang mendakwa sebagai 'Sultan Melaka' ditahan oleh Raja Shahrom Raja Abdullah (kanan) bersama pegawai dan anggota polis yang lain di Jeti Anjung Batu ketika Noor Jan hendak ke Pulau Besar, Melaka, semalam.
MELAKA 14 Jan. - Seorang lelaki yang mendakwa sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka, Noor Jan Tuah, 56, atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah ditahan sepasukan polis di Jeti Anjung Batu, Serkam dekat sini hari ini.
Noor Jan ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi ketika sedang ditemu bual wartawan daripada Utusan Malaysia, Kosmo dan Harian Metro di jeti tersebut.

Lelaki itu berada di jeti berkenaan bersama-sama lebih 30 pengikutnya untuk menaiki feri menuju ke Pulau Besar bagi menghadiri majlis jamuan kesyukuran sempena sambutan Maulidur Rasul.

Sebaik sahaja ditahan, Noor Jan dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, Noor Jan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 untuk siasatan lanjut berhubung lapan laporan polis yang dibuat oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Menurutnya, lapan laporan polis itu antara lain menyatakan rasa tidak puas hati dan kegusaran rakyat di negeri ini berhubung tuntutan Noor Jan untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.

''Situasi yang telah digembar-gemburkan oleh Noor Jan membuat rakyat Melaka berasa curiga atas kebenaran dakwaannya dan lelaki ini juga telah berjaya meraih sokongan daripada masyarakat.

''Mereka mahu polis menjalankan siasatan kerana tingkah laku Noor Jan melalui media sosial telah menghina sistem kerajaan yang telah lama wujud di negeri ini. Lelaki ini juga tahu kerajaan negeri tidak mengiktirafnya sebagai Sultan Melaka," katanya dalam sidang akhbar di IPD Melaka Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut Raja Shahrom berkata, mengikut keterangan awal, Noor Jan berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak dan menetap di tiga tempat berasingan iaitu di Kampung Seri Kinta, Perak; Batu Caves, Selangor dan Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Selain itu katanya, lelaki tersebut juga mempunyai lima nama lain iaitu Noor Jan Sah Tuah Shah, Raja Alang Noor Jan Raja Tuah, Yang Maha Mulia (YMM) Raja Noor Jan Shah Ibni Yang Mulia (YM) Raja Tuah Shah, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Ahmad Shah Ke-44 dan Pak Ungku.

Menurutnya, Noor Jan telah memberikan kerjasama sewaktu ditahan polis dan beliau tidak memiliki sebarang senjata melainkan dua buah telefon bimbit.

''Kita bawa beliau ke IPD Melaka Tengah untuk tujuan siasatan menyeluruh termasuk dakwaan Noor Jan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengiktirafnya sebagai Sultan Melaka," katanya.

Ditanya adakah isteri dan penyokong lelaki itu akan ditahan polis, Raja Shahrom berkata, keadaan itu bergantung kepada hasil siasatan yang akan dijalankan nanti.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, Noor Jan banyak melakukan aktiviti untuk menghasut dan meraih sokongan rakyat di negeri ini agar menerimanya sebagai Sultan Melaka antaranya majlis jamuan kesyukuran penyembelihan seekor kambing di Pulau Besar hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia