Pages

Saturday, February 15, 2014

Dakwaan dia pelik - Jep Sepahtu


Kuala Lumpur: “Secara jujur, saya tak tahu dan pelik nak jawab apabila ditanya persoalan yang tak ada jawapan,” kata pelawak dan pengacara, Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepahtu, 29, berhubung isu terbaru perang dingin antara dirinya dengan Shahrol Shiro.

Semalam, Harian Metro melaporkan Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 30, mendakwa dia buntu memikirkan punca perselisihan faham itu sehingga menyebabkan Jep cuba mengelak dan menjauhkan diri daripadanya. 

Shahrol mendakwa usaha untuk mendapatkan penjelasan mengenai konflik itu juga gagal kerana permohonan maafnya beberapa kali kepada Jep mendapat reaksi dingin. 

Dalam laporan sama, Shahrol turut mengakui dirinya diboikot segelintir rakan pelawak lain dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 susulan konflik terbabit.

Jep yang dihubungi berkata, dia terkilan dengan tuduhan Shahrol dan menganggap ia dakwaan tidak berasas yang tidak wajar ditujukan kepadanya.

Sumber: hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment